• Admin

Dunlop Sah Sebagai Pembekal Tayar Rasmi Malaysia Superbikes Championship 2020 - Ron Hogg

Kejayaan kejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) dan Kejohanan Malaysian Cub Prix pada tahun sebelum ini dalam menggunakan tayar jenis Dunlop serta maklum balas positif beberapa pelumba membuatkan Dunlop bersetuju untuk menjadi pembekal tayar rasmi bagi kejohanan Malaysia Superbikes Championship (MSBK) 2020.

Kentaro Kobayashi - Management and Service Engineer

Sepang International Circuit (SIC) dan Two Wheels Motor Racing (TWMR) telah umumkan bermulanya kejohanan Malaysia Superbike Championship (MSBK).


Jadual MSBK yang sebelum ini dijadualkan akan diadakan dengan empat pusingan telah dikurangkan kepada dua pusingan akibat keadaan Covid-19. Namun jumlah perlumbaan setiap pusingan akan dipertingkatkan dengan 3 perlumbaan setiap pusingan dan jumlah keseluruhan perlumbaan dijangka adalah enam perlumbaan.


Pusingan 1 akan diadakan pada 25-27 September dan ikuti dengan pusingan 2 pada 16-18 Oktober.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman berkata,"Walaupun kita terpaksa membuat perubahan pada kalender perlumbaan MSBK disebabkan oleh Covid-19, tetapi agenda utama negara yang ditunggu-tunggu tetap diteruskan pada tahun ini. SIC telah bekerja sama dengan TWMR sejak 2019 dengan objektif menambahbaik perlumbaan MSBK dengan pengalaman menganjurkan perlumbaan dua roda seperti PETRONAS Malaysian Cub Prix and Asia Road Racing Championship,"


Tambah beliau, " Walaupun kejohanan ini hanya diadakan dengan dua pusingan namun format perlumbaan ditambah baik bagi menjadikan kejohanan ini lebih menarik. Objective platform ini adalah untuk menyediakan ruang bagi pelumba professional untuk berkembang dan mencungkil bakat baru dan pasukan. Jadi usaha tetap diteruskan walau apa pun keadaan bagi memastikan semangat berlumba diteruskan. Kami berterima kasih kepada Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan semua yang terlibat dalam memberi sokongan yang kuat bagi memastikan kejohanan ini diadakan."


Selain perubahan kalendar, SIC serta TWMR bersetuju dengan penambahan kategori baru dalam kelas MSBK. Kelas terbaru adalah kelas Underbone 150 seiring dengan pengenalan Dunlop sebagai pembekal tayar rasmi bagi kejohanan ini.


"Kami gembira untuk umumkan kategori baru kelas MSBK150. Spesifikasi kategori ini tetap akan sama dengan kejohanan ARRC. Paling penting kelas ini dibuka kepada semua pelumba dan pasukan. Perbezaan antara MSBSK150 dengan CP150 dalam kejohanan Malaysian Cub Prix Championship adalah hanya boleh disertai oleh pasukan kuat dalam kejohanan. Dengan mengadakan kelas MSBK150, ia membuka ruang dan peluang kepada pasukan dan pelumba baru sertai bagi kategori ini, " Kata Ron Hogg, Pengarah Two Wheels Motor Racing.


Pengenalan MSBK150 memberi ruang juga kepada MSBK yang berperanan membangunkan sistem dan mencari bakat baru dalam sukan dua roda dengan kategori 150cc, 250cc, 600cc dan akhirnya 1000cc. Ia akan menambah perisa bagi semua pelumba dan setiap kategori dalam karier mereka.


Ron juga menambah, "Dunlop yang merupakan pembekal rasmi dalam Asia Road Racing Championship, kini menjadi pembekal rasmi bagi Malaysia Superbike Championship. Kami percaya kepakaran mereka dalam membantu pelumba dan pasukan Malaysia bagi mempertingkatkan prestasi perlumbaan secara teknikal."







Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020