• Admin

Eksklusif: 4 Litar Kekal Dipilih Bagi Kejohanan SIC MiniGP 2020



Pusingan 1 bakal diadakan pada 21 & 22 Mac di Litar Sepang dan jadual keseluruhan bakal diumumkan secara rasmi oleh SIC MiniGP pada 13 Februari ini.


Sebanyak 5 pusingan bakal diadakan bagi Kejohanan SIC MiniGP 2020 yang memberi pendedahan dan program lengkap kepada 20 pelumba muda berusia 8 hingga 13 tahun yang telah terpilih pada pemilihan terbuka pada Disember 2019.


Peserta yang dipilih bagi menyertai MiniGP dan mereka bakal menggunakan jentera jenis BR10-GP untuk kejohanan yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan apa yang di pakai oleh pelumba dunia semasa latihan.


Zulfahmi ketika ditemubual mengesahkan 4 litar telah terpilih bagi musim pertama.


"Pada kali ini kali kami telah tetapkan 4 litar yang sesuai untuk adakan kejohanan ini antaranya Litar Dato Sagor, Litar Lumba Tangkak, Litar Speedway PLUS Karting dan Litar Sepang".


Ketika ditanya mengenai litar MMC Melaka, Zulfahmi memberi tahu pihak Tarmac Sports, agak sukar untuk adakan kejohanan di litar itu disebabkan oleh permukaan litar yang amat teruk dan membahayakan pelumba.


Nantikan kemunculan sulung mereka pada Mac ini dengan ikuti perkembangan mereka secara eksklusif di semua sosial media Facebook, Instagram dan Twitter Tarmac Sports.



Kongsikan artikel ini dengan klik ikon media sosial di bawah.

135 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020