• Admin

Espagaro Mula Hilang Sabar Dengan Aprilia



Ini ‘memalukan’ apabila jentera Aprilia terpaksa menamatkan perlumbaan hanya disebabkan masalah mekanikal di MotoGP Thailand.


Aleix Espargaro yang dipanggil selepas mengalami masalah mekanikal pada jentera menunjukkan rasa kecewa yang cukup jelas apabila mampu menghabiskan perlumbaan pada kedudukan dalam kelompok 10 terbaik.


Selepas dapat melayakkan diri dalam Q2, Espargaro yang sebelum itu bersaing dengan pelumba Ducati, Danilo Petrucci untuk kedudukan ke-10 terpaksa menarik diri akibat masalah elektrik yang teruk dan memaksa RS-GP untuk kembali ke pit dengan baki perlumbaan 9 pusingan.


Selepas kembali ke garaj Aprilia semasa perlumbaan di Thailand, Espargaro telah menjelaskan bahawa dia telah berlumba pada tahap tertinggi dalam kariernya dan tidak boleh memberi keputusan yang baik selepas perkara yang sama berulang buat kali ke-5.


“Saya tahu apa yang saya cakap ini tidak berapa baik dari pihak saya, tetapi saya rasa saya telah berlumba jauh lebih baik sepanjang karier secara jujurnya.” Kata Espargaro.


“Saya cukup kecewa dengan kemampuan jentera. Saya rasa saya telah buat sehabis baik untuk jentera RS-GP, sangat baik kecuali ada tiga litar, saya rasa brek, pecutan dan ketahanan dah saya bagi tahu krew elektronik.


“Saya rasa, saya telah buat perkara paling baik sepanjang saya berlumba, dan ia sangat memalukan apabila saya tidak dapat habiskan perlumbaan untuk membuktikan kemampuan saya. Ini adalah perlumbaan, bukan semuanya bergantung pada kemahiran berlumba sahaja.


“Lihat rakan sepasukan saya, Andrea Iannone dia seorang pelumba yang laju, semua boleh lihat perbezaan antara kami dalam 18 pusingan.


“Saya berbangga bagaimana saya menunggang, bagaimana saya mengurus setiap perlumbaan tetapi semuanya tak juga bergantung pada saya. Jika jentera tak boleh berfungsi dengan baik, apa saya boleh buat? Ya ia memang mengecewakan.


Espargaro berkata isu elektrikal menyebabkan jentera Aprilia beliau lansung tidak boleh berfungsi.


“Pasukan saya tahu apa yang terjadi, ia adalah kegagalan mekanikal elektrikal dan jentera tidak dapat berfungsi, kotak gear langsung tak boleh berfungsi, brek enjin terkunci sepenuhnya, dan saya tidak boleh mengawal throttle. Ya, ia hampir tidak boleh untuk sampai ke pit.” Kata beliau.


Espargaro masih berada pada kedudukan ke-14 keseluruhan dan sedikit dibelakang pelumba ‘rookie’ Suzuki Joan Mir yang kini 12 mata dihadapan untuk berada pada kedudukan ke 13 dengan empat pusingan berbaki


#AE41 #MotoGP #ThaiGP #Aprilia

23 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020