• Admin

EWC: Pelumba Honda Asia Dream Racing With SHOWA Pamer Momentum Positif

Momentum pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA nampak lancar ketika mengharungi dua sesi kelayakan pada Kejuaraan EWC Sepang 8-Hours di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.



Mana tidaknya, prestasi barisan pelumbanya agak stabil kerana mampu menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dalam dua sesi tersebut.


Pencapaian pelumba asal Thailand, Somkiat Chantra sangat meyakinkan yang menyaksikannya berada di kedudukan keempat terpantas pada sesi pertama kumpulan dengan catatan masa 2:05.765 saat (s) sepusingan.


Kelibatnya semakin pantas pada sesi kedua apabila berada di kedudukan kedua terpantas dengan masa 2:05.725s.


Dia mengakui agak selesa meskipun masih ada beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan bagi membolehkannya merekodkan sesuatu yang lebih baik pada sesi seterusnya.


Meskipun baharu pertama kali beraksi dalam perlumbaan endurance di Litar Sepang, namun pelumba asal Chonburi, Thailand itu mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.


“Setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan berharap momentum seperti ini dapat dikekalkan dalam usaha untuk menghadiahkan kejayaan kepada pasukan.


“Saya akan berusaha keras dan bertekad untuk memberi tentangan sengit kepada para pelumba lain.


“Keadaan jentera juga nampak stabil sepanjang sesi hari ini,” jelasnya yang telah merekodkan catatan masa terbaik buat pasukannya hari ini.


Rakan sepasukannya, Md Zaqhwan Zaidi juga tampil dengan keyakinan yang tinggi apabila berada di kedudukan kelima pada sesi kelayakan kedua bagi kumpulan pelumba biru.


Zaqhwan yang merupakan tonggak pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA mencatat masa terpantas 2:06.417s pada sesi kedua selepas sekadar merekodkan masa 2:06.609s pada sesi pertama.


Ia pencapaian yang wajar dibanggakan kerana pelumba asal Selangor itu terus memperlihatkan peningkatan.


Peningkatan itu memberi keyakinan kepada Zaqhwan bahawa dia mampu melakukan yang lebih baik pada sesi esok.


Catatan masa terpantas dalam kedua-dua sesi kelayakan bagi kelompok pelumba biru hari ini dikuasai Michael Van Der Mark dari pasukan Yamaha Sepang Racing dengan cattaan masa terpantas 2:04.527s sepusingan.


Seorang lagi pelumba Honda Asia Dream Racing with SHOWA, Andi Farid Izdihar dari Indonesia juga berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik pada sesi hari ini.


Andi berjaya mencatat masa terpantas 2:07.666s pada sesi kedua bagi pelumba kumpulan kuning.


Terdahulu, dia berada di kedudukan ke-14 pada sesi pertama dengan masat terpantas 2:07.685s sepusingan.


Sesi kelayakan pelumba kumpulan kuning itu menyaksikan pelumba Yamaha Sepang Racing, Hafizh Syahrin muncul terpantas pada sesi pertama dengan masa 2:04.854s manakala sesi kedua diungguli Erwan Niggon (Webike SRC Kawasaki France) dengan masa  2:05.874s.


Berdasarkan prestasi yang dipamerkan barisan pelumba Honda Asia Dream Racing with SHOWA itu pada sesi kali ini, mereka dijangka mampu mencipta kejutan apabila aksi sebenar bermula Sabtu ini.

9 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020