• Admin

Fabio Quartararo Terus Dominasi MotoGP di Jerez

Fabio Quartararo dari pasukan PETRONAS Yamaha SRT melakar rekod apabila muncul juara buat kali kedua di Jerez namun rakan sepasukan, Franco Morbidelli kecewa tidak berjaya menghabiskan perlumbaan.


Fabio Quartararo memulakan perlumbaan dengan baik pada perlumbaan kali ini dan menjarakkan dengan pelumba tempat kedua sehingga tamat perlumbaan dan melakar kejayaan di Jerez. Quartararo juga menambah mata kejohanan dengan kini 50 mata. Namun rakan sepasukan, Morbidelli terpaksa berakhir awal disebabkan masalah mekanikal pada jentera setelah bersaing bagi merebut kedudukan podium.


Quartararo pada awalnya bijak untuk meletakkan diri didepan seawal perlumbaan bagi keluar dari kelompok hadapan. Bermula saat itu dia tidak membuat kesilapan dan terus menjarakkan diri sedikit demi sedikit mengatasi pelumba lain. Walaupun perebutan tempat kedua pada ketika itu amat sengit apabila Bagnia memintas Valentino dan Maverick sebelum terpaksa memberhentikan jentera setelah mengalami masalah mekanikal.


Fabio menghabiskan perlumbaan dengan jarak 4.495saat dihadapan Maverick Viñales dan Valentino Rossi yang melengkapkan kedudukan podium bagi pengeluar ketiga-tiga Yamaha sejak di Philip Island pada 2014. Dengan kemenangan kedua ini, Fabio menjarakkan kedudukan 10 mata dan kekalkan pasukan PETRONAS Yamaha SRT sebagai pasukan terbaik kejohanan.


Dalam meraikan kemenangan Fabio, ia sedikit kecewa kerana rakan sepasukan Morbidelli yang beraksi untuk kali ke-21 dan turut menunjukkan saingan yang baik. Pada awalnya dia bersaing untuk kelompok podium namun setelah berbaki sembilan pusingan, jentera Fabio mengalami masalah mekanikal sekaligus memaksa pelumba Itali itu menamatkan perlumbaan.


Perlumbaan seterusnya akan diadakan dengan jarak dua minggu dan bakal menemui litar baru di Automotodrom Brno, Czech Republic bagi perlumbaan ketiga MotoGP pada 7 sehingga 9 Ogos.


Prinsipal Pasukan, Razlan Razali turut menyatakan kegembiraan dengan pencapaian pasukan.


"Minggu yang baik buat kami. John McPhee sangat bagus apabila berlumba dengan bijak minggu ini. Keduanya bagus untuk beliau apabila hanya beza 10 mata dengan pendahulu kejohanan dengan kedudukan ke-3 keseluruhan kejohanan. Saya sangat gembira dengan John. KIP dilihat mempunyai peningkatan dan kami jangkakan dia akan buat lebih baik untuk perlumbaan seterusnya. Kami juga berharap dia mempelajari sesuatu pada minggu ini dan akan buat yang terbaik di Czech Republic nanti.


"Kemenangan yang cukup baik untuk Fabio di MotoGP! Kemenangan berganda meletakkan beliau pada tangga teratas pada masa ini bagi keseluruhan kejohanan. Kurang bernasib baik pada minggu ini apa yang kami harapkan kemenagan 1-2 perlumbaan kali ini tetapi kami akan lihat dan selesaikan masalah yang berlaku. Kami rasa bersalah pada Franky kerana dia cukup baik pada minggu ini dan berhak mendapat keputusan yang baik. Apa-apa pun kami melalui minggu yang baik kerana menang berturut-turut dan mendahului kejohanan. Sekarang kami hanya perlu cuba untuk buat sekali lagi di Brno!


14 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020