• Admin

Farid Hakimi Permata Baru Sukan Permotoran

Setelah tamat pusingan 6 di Teluk Intan 7-8 September lepas, Farid sekali lagi mencipta rekod berganda dengan berjaya takluk gelarannya yang ke tujuh dalam Cabaran Honda Dash 125.



Walaupun baru berusia 13 tahun, semangat dan kesungguhan Farid bukan datang sekelip mata dan pastinya datang dengan berkat usaha tanpa jemu terutamanya sokongan dari keluarga sendiri. Semua ini dapat dilihat apabila Farid menyertai beberapa siri latihan khas sejak awal tahun dan hadir kelas permotoran yang dibuat oleh Ahmad Fuad Baharudin.


Semestinya bakatnya dilihat dan menjadi buah mulut peminat dan pasukan permotoran negara. Walaupun masih terlalu muda, Farid sudah menunjukkan watak seorang juara apabila cukup berdisiplin, rajin turun latihan dan mencatat masa terbaik semasa pusingan kelayakkan.


Dengan berbaki 4 pusingan, Farid kini mengumpul mata penuh dengan 150 mata dengan menjarakkan 76 mata dengan kedudukan kedua keseluruhan, Ahmad Syamil Akmal. Jika Farid berjaya merangkul juara di Kangar pada minggu ini, pastinya beliau menjadi juara keseluruhan bagi Cabaran Honda Dash 125 tahun 2019.



Sebelum menyertai perlumbaan ‘One Make Race’ atau Cabaran Honda Dash 125, Farid terlebih dahulu menyertai Klinik Cub Prix yang dianjurkan oleh KBS dan seterusnya bersaing dalam Mini Cub Prix pada 2018. Dengan aksi dan disiplin yang mantap, Farid Hakimi diserap ke OMR pada tahun ini dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.


“Cita-cita saya adalah untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dan untuk mencapai impian tersebut, saya perlu bekerja keras dan membuktikan kemampuan dalam setiap penampilan pada kejuraan peringkat nasional.


“Kejuaraan Cub Prix merupakan medan terbaik buat saya untuk mengasah bakat yang ada kerana reputasi Cub Prix standing dengan perlumbaan yang dianjurkan di peringkat Asia.


“Perjalanan saya masih jauh dan tidak boleh ghairah dan perlu melalui secara berperingkat serta mencari peluang untuk bersaing dalam kelas perdana, CP150 terlebih dahulu.”



Pusingan 7 Malaysia Cub Prix akan kembali menemui anda pada 5 & 6 Oktober ini di Kangar Perlis. Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri. Hadir beramai-ramai untuk menyaksikan aksi-aksi yang cukup mendebarkan. Masuk adalah percuma.


#MalaysiaCubPrix #OneMakeRace #OMR #FaridHakimi

33 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png