• Admin

Fazli Sham Dan Fazrul Sham Gunakan Pengalaman Untuk Jejak Podium

‘Otai masih berbisa’. Itu ungkapan paling sesuai buat pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Ahmad Fazli Sham yang tampil dengan aksi luar biasa dalam Perlumbaan 2 kelas UB150 pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2020 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.


Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team itu memahat nama sebagai juara pada perlumbaan tersebut dengan catatan masa 15:34.448s.


Kemenangan tersebut sekurang-kurangnya mengubati kekecewaannya selepas sekadar menduduki tempat ketujuh pada Perlumbaan 1 semalam.


Perlumbaan 2 dia tampil lebih tenang dan dilihat semakin selesa mengawal perlumbaan meskipun berdepan cabaran sengit daripada barisan pencabarnya. Malah, dia turut berdepan tentangan hebat daripada adiknya, Ahmad Fazrul Sham (Cardinals Racing Team), namun Fazli tidak membenarkan adiknya itu untuk berada di hadapannya.


“Ia perlumbaan yang sangat mencabar dan semua pelumba saling melancarkan asakan antara satu dengan yang lain.


“Di awal perlumbaan, saya hanya mengikut rentak dan sekali-sekala akan melakukan gerak apabila ada ruang terbuka.


“Jentera juga berada dalam keadaan yang sangat stabil sepanjang perlumbaan tersebut dan saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh krew pasukan yang telah bekerja keras untuk menghasilkan pelarasan terbaik,” jelas Fazli.


Pada perlumbaan tersebut kedudukan tiga teratas dikuasai pelumba Malaysia yang menyaksikan Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang) menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 15:34.549s manakala Fazrul di kedudukan ketiga dengan masa 15:34.749s.


Ini merupakan podium kedua buat Fazrul pada aksi Pusingan 1 ARRC 2020 selepas muncul naib juara dalam Perlumbaan 1 semalam.


Fazrul kini mendahului carta keseluruhan bagi kelas UB150 dengan mengumpul 36 mata manakala Fazli menghuni tempat kedua dengan 34 mata.


Sementara itu, pada Perlumbaan 2 kelas AP250, pelumba Indonesia, Andy Muhammad Fadly (Motul Manual Tech Racing Team) merampas kemenangan podium selepas menjuarai Perlumbaan 2 dengan catatan masa 19:39.574s diikuti Aiki Iyoshi (Motul Manual Tech Racing Team) dari Jepun di tempat kedua dengan masa 19:39.694s.



Tempat ketiga menjadi milik pelumba negara, Muhammad Izam Ikmal (Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team) yang merekodkan masa 19:39.983s.


Pemenang Perlumbaan 1 semalam, Idlan Haqimi Raduan tidak bernasib baik hari ini kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan selepas terjatuh.


Selepas berakhirnya sesi hari ini, kedudukan keseluruhan kategori pelumba bagi kelas AP250 kini dikuasai Iyoshi yang mengumpul 40 mata diikuti Izam Ikmal (32) dan Andy (28).


Keputusan Perlumbaan 2 (5 teratas)


UB150


Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR SAG Team – 15:34.448s

Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang – 15:34.549s

Ahmad Fazrul Sham (MAS) Cardinals Racing Team – 15:34.749s

Muhammad Hildan (INA) SND Factory Racing Rapido – 15:35.407s

John Emerson Inguito (PHI) 451m Yamaha Racing Team – 15:35.413s


Kedudukan Keseluruhan (Pelumba)


Ahmad Fazrul Sham (MAS) Cardinals Racing Team – 36 mata

Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR SAG Team – 34

Wahyu Aji Trilaksana (INA) ONEXOX TKKR SAG Team – 25

Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang – 20

Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All – 18


Kedudukan Pasukan


ONEXOX TKKR SAG Team – 59 mata

Cardinals Racing Team – 40

UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team – 34

RCB Yamaha YY Pang – 28

Team One For All - 25


Perlumbaan 2 AP250


Andy Muhammad Fadly (INA) Motul Manual Tech Racing Team – 19:39.574s

Aiki Iyoshi (JPN) Motul Manual Tech Racing Team – 19:39.694s

Muhammad Izam Ikmal (MAS) Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team – 19:39.983s

Wahyu Nugroho (INA) Yamaha Racing Indonesia – 20:00.002s

Vorapong Malahuan (THA) TVS Racing – 20:00.403s


Kedudukan Keseluruan (Pelumba)


Aiki Iyoshi (JPN) Motul Manual Tech Racing Team – 40 mata

Muhammad Izam Ikmal (MAS) Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team - 32

Andy Muhammad Fadly (INA) Motul Manual Tech Racing Team - 28

Wahyu Nugroho (INA) Yamaha Racing Indonesia - 26

Md Idlan Haqimi Raduan (MAS) Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team – 25


Kedudukan Pasukan


Motul Manual Tech Racing Team - 68 mata

Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team – 57

Yamaha Racing Indonesia – 41

ONEXOX TKKR SAG Racing Team – 31

TVS Racing – 30

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020