• Admin

FDR Tire Sedia Menaja Pelumba Kategori Pro-AM



Berita baik ini disampaikan oleh Ron Hogg selaku pengarah Safe Aim Mutual (SAM) yang merupakan penganjur bagi kejohanan Malaysian Cub Prix semasa webinar bersama beberapa pengurus/pemilik pasukan yang terlibat dengan kejohanan Malaysian Cub Prix di Facebook.


Mari kita kenal asal FDR Tire?


FDR Tire dimiliki oleh PT Suryaraya Rubberindo Industries (SRI) yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Astra yang merupakan anak syarikat PT Astra Honda Motor (AHM). PT SRI telah pun bergerak secara langsung dalam industri permotoran terutamanya berkaitan motosikal sejak awal tahun 1991. PT SRI telah pun mengeluarkan dua jenama mereka iaitu Federal dan FDR yang merupakan jenama original equipment market (OEM) bagi motosikal Honda.


FDR Tire telah digunakan oleh jutaan pengguna motosikal di Indonesia dan telah dieksport ke luar Indonesia termasuk di Eropah, Asia dan Afrika. Sejak penubuhannya, PT SRI telah bekerjasama dengan Shinko Rubber, Continental AG dan Yokohama Rubber Company dalam research and development (R&D)


Persoalan?


Adakah ia mantap di litar lumba?


Bagi menjawab persoalan ini, kami ingin kongsikan pendapat Ahmad Fuad dan Shahrol Yuzy yang secara langsung mempunyai pengalaman menggunakan tayar FDR dalam kejohahanan sebelum ini.


"Saya pernah memenangi perlumbaan Asian Cup. Walaupun dalam keadaan hujan dan kering, grip tayar masih baik.


"Sepatutnya kompaun tayar yang dibekalkan oleh FDR semakin bagus mengikut pengalaman saya gunakan dahulu. Jadi, pelumba harus terima dan ia dapat menjimatkan kos . Pelumba Pro -AM juga perlu lebih berfikir dengan terbuka."


Bagi Shahrol Yuzy pula,


"Pelumba Pro-AM harus menerima sokongan dari penganjur bagi penggunaan tayar FDR. Jika diberi peluang, kami akan menggunakan tayar ini. Perbelanjaan pada tayar merupakan perbelanjaan paling mahal sewaktu berlumba.


"FDR hanya persepsi dan pelumba tak perlu takut disebabkan semua menggunakan tayar yang sama.


"Untuk mendapatkan penajaan bagi kategori Pro - AM amat susah. Dengan adanya kedatangan penaja seperti FDR, pelumba harus pertimbangkan perkara ini."


Berapa kejohanan yang telah menggunakan FDR Tire sebelum ni?


- Indoclub Championship 2019 Seri 1 di Sentul, Bogor



- Indospeed Race Series (IRS) 2018



- Indonesia Supermoto Championship (ISC), 2018



Kenapa pelumba Pro -AM boleh terima tajaan bernilai ini?


1. Kos


Mungkin ramai yang tahu dan tidak tahu, kos semasa perlumbaan lebih 40% telah dihabiskan bagi penggunaan tayar dan dengan kehadiran FDR Tire ia dapat menjimatkan kos perlumbaan.


2. Faktor Kewangan


Seperti yang kita tahu, penajaan bagi kategori ini amat susah atau pun terhad tidak seperti kategori lain atas beberapa faktor. Hampir 80% pelumba menggunakan dana sendiri dan dalam waktu-waktu yang amat terjejas ini akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia, kehadiran penaja pastinya dapat meringankan kos sekaligus tidak menjejaskan mana-mana pelumba untuk berlumba.








Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020