• Admin

FIM ARRC: 12 Pelumba Ternama ASB1000 Hangatkan Litar Sepang 7 & 8 Mac ini



Saingan Kejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) kembali mendebarkan apabila bakal membuka tirai musim 2020 dengan perlumbaan pertama akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 7 & 8 Mac ini.


Secara rasmi kategori ASB1000 akan dibarisi oleh 12 pelumba dari pelbagai negara termasuk 2 pelumba dari luar Asia. Perlumbaan pembukaan pada 2020 lebih meriah dengan kehadiran juara musim 2019 Azlan Shah, Lorenzo Demetrio, Markus Reiterberger dan bekas pelumba Moto2, Dimas Ekky Pratama.


Azlan Shah yang memperbaharui kontrak bersama pasukan ONEXOX BMW TKKR SAG Team bagi FIM Asia Road Racing Championship 2020 melakar sejarah negara apabila menjuarai kejohanan itu pada 2019.


Kehadiran Azlan Shah berjaya mengubah struktur pasukan apabila BMW factory setuju untuk memberi tajaan dan sokongan apabila kerja keras pada musim lalu dilihat pengeluar jentera dari Jerman. Selain itu Azlan Shah turut mendapat rakan sepasukan baharu yang merupakan pelumba WBSK, Markus Reiterberger yang mampu memberi saingan hebat.


“ Saya pasti musim 2020 bakal memberi cabaran yang hebat sejak mula hingga tamat. Lihat pada kualiti jentera pasukan dan nama-nama pelumba. Kita ada 2 pelumba dari WBSK seperti Markus Reiterberger dan Lorenzo Zanetti yang pertama kali di perlumbaan Asia. Pesaing tempatan, Zaqhwan Zaidi bakal menggunakan jentera terbaru Honda CBR1000RR R Firebalde,” kata Azlan



Hampir semua pasukan bakal menggunakan jentera terbaru seperti pasukan Honda Asia Dream Racing yang menggunakan jentera Honda CBR1000RR R Firebalde. Manakala pasukan factory Yamaha yang dibarisi Broc Parkes, Yuki Ito, Apiwat Wongthananon dan Anupab Sarmoon menggunakan jentera Yamaha YZF-R1M 2020.


Bagi pasukan BMW, Azlan Shah dan Markus akan bersaing menggunakan jentera BMW S1000 RR 2020. Azlan mempunyai rekod yang baik apabila memenangi 3 daripada 4 perlumbaan bagi kategori ASB1000 yang diadakan di Sepang pada 2019.


Rekod pusingan bagi kategori ASB1000 dipegang oleh Thitipong Warkorn dari Thailand dengan catatan 2’05.505s.


Rekod musim 2019 bagi Round 1 (Sepang):


Pole Position: Thitipong Warkorn (THA) (Kawasaki)

Race 1: Azlan Shah (MAS) (BMW)

Race 2: Zaqhwan Zaidi (MAS) (Honda)


Rekod musim 2019 bagi Round 6 (Sepang):


Pole Position: Broc Parkes (AUS) (Yamaha)

Race 1: Azlan Shah (MAS) (BMW)

Race 2: Azlan Shah (MAS) (BMW)

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020