• Admin

FIM Asia Road Racing Championship Pusingan Jepun dan China Ditunda



Disebabkan krisis kesihatan global COVID19, kejohanan FIM Asia Road Racing Championship 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Jun di Suzuka, Jepun bagi pusingan 3 serta pusingan 4 di Zhuhai, China yang pada asalnya dijadualkan pada 25 dan 26 Julai ditunda.


Pihak penganjur dan promoter sukan permotoran Two Wheels Motor Racing (TWMR) akan terus mengikuti rapat dengan Litar Suzuka dan Litar Antarabangsa Zhuhai bagi mencari suatu tarikh yang sesuai.

Tarikh baru akan diumumkan dalam kalendar 2020 sebaik sahaja perkara ini diselesaikan secara bersama oleh pemegang taruh, pasukan, pelumba, pegawai serta pihak berwajib.

Sebelum ini, pusingan 2 FIM Asia Road Racing Championship Australia yang dijadualkan pada 9 dan 10 Mei turut ditunda disebabkan perkara yang sama.

Pihak penganjur mengajak peminat permotoran untuk sabar dan terus menyokong industri sukan lumba motor terutama apabila dunia dilanda ancaman pandemik yang luar biasa.

4 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog