- Admin
FIM CEV Repsol Umum Pusingan 1 dan 2 Bermula Julai
Selepas hampir 3 bulan tiada sebarang perlumbaan melibatkan sukan permotoran, hari ini pihak Dorna melalui FIM CEV Repsol mengumumkan untuk membuka semula perlumbaan pada 7 dan 13 Julai di Circuito do Estoril dan Autodromo Internacional do Algarve in Portimão.

Jadual bagi Estoril
Sabtu 4 Julai: Sesi Ujian Rasmi CEV
Ahad 5 Julai: Sesi Ujian Rasmi CEV
Isnin 6 Julai: Sesi Kelayakkan
Selasa 7 Julai: Perlumbaan
Jadual bagi Algarve
Jumaat 10 Julai: Sesi Ujian Rasmi CEV
Sabtu 11 Julai: Sesi Ujian Rasmi CEV
Ahad 12 Julai: Sesi Kelayakkan
Isnin 13 Julai: Perlumbaan
Mengikut perancangan, hanya perlumbaan ini akan mengambil bahagian:
Estoril: FIM Moto3™ Junior World Championship, Moto2™ European Championship (2 races), and Hawkers European Talent Cup (2 races).
Algarve: FIM Moto3™ Junior World Championship, Moto2™ European Championship (2 races), and Hawkers European Talent Cup.
FIM CEV Repsol sedia bekerja sama dengan pihak berwajib seperti badan sukan dan kesihatan agi memastikan perlumbaan dijalankan mengikut prosedur yang betul. Antara aspek yang ditekankan semasa wabak Covid-19 adalah kawalan ketat jumlah krew di paddock, pengesanan suhu sebelum masuk, perubatan dan penjarakkan sosial.
Jadual penuh bagi FIM CEV Repsol akan dikemaskini selepas kalendar FIM MotoGP™ World Championship dihebahkan.
-
Sila kongsi artikel ini untuk lebih artikel.