• Admin

Formula 1 Mungkin Kembali Ke Litar Sepang Selepas Pembatalan MotoGP 2020



Sejak penganjuran MotoGP bermula taun 1999 di Litar Antarabangsa Sepang, kejohanan motosikal dunia itu tidak pernah berhenti dengan peningkatan demi peningkatan jumlah penonton dan dengan segala penambahbaikkan yang dilakukan.

Namun pada tahun 2020, penganjuran MotoGP tidak dapat dilaksanakan di Litar Sepang atas beberapa faktor yang berpunca daripada Covid-19 dan kesemua pusingan di Asia dibatalkan.

Litar yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk merancakkan penganjuran sukan permotoran dua roda mahu pun empat roda negara turut bergantung pada penjualan tiket, kehadiran penonton dan sewaan litar sepanjang tahun.

Walaupun penganjuran MotoGP dibatalkan pada tahun ini, pihak Litar Sepang telah pun merancang dan meneruskan penganjuran tempatan yang telah dijadualkan seperti Malaysian Cub Prix, Malaysia Superbike Championship (MSBK), Malaysia Championship Series (MSC), Sepang 1000KM (S1K) dan Track Day.



Sehingga hari ini, Litar Sepang telah ditempah dan hampir memenuhkan slot yang sedia ada melalui Track Day. Track day merupakan sumber kewangan Litar Sepang paling tinggi berbanding penganjuran lain.


Berkenaan SOP, Litar Sepang sentiasa mematuhi panduan dan langkah-langkah yang disarankan oleh MKN. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berharap individu atau kumpulan yang hadir untuk Track Day agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengekalkan rekod baik SIC.

SIC juga terus fokus untuk jadikan litar itu sebagai sebuah tempat pelancongan sukan bagi semua peminat sukan permotoran dan bakal ditambah baik melalui aktiviti baru dan persekitaran yang mesra untuk semua lapisan umur walaupun mereka ‘kurang berminat’ terhadap sukan permotoran.

Mengenai persoalan penajaan MotoGP, Sepang tahun 2021, SIC hanya menunggu pengunguman pihak Dorna apabila penaja dari Shell bakal berakhir pada tahun ini. Bagi yang telah menempah tiket MalaysianGP lebih awal boleh menghubungi pihak SIC untuk sebarang pertanyaan.


Berkenaan penganjuran Formula 1 (F1), Litar Sepang sedia dengan menganjurankan perlumbaan tanpa penonton sekiranya pihak F1 memutuskan untuk jadikan SIC sebagai venue bagi menggantikan Shanghai GP setelah penganjuran Vietnamese GP pada tahun ini.

Secara asasnya SIC tetap akan teruskan program utama iaitu melahirkan kumpulan pelumba dari dua roda dan empat roda seperti mana asalnya dengan kerjasama semua pihak terutama KBS dan MAM dalam jangka masa panjang.

184 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020