• Admin

Hadir Dan Nikmati Pelbagai Keistimewaan Di Booth Litar Teluk Intan

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas bukan sekadar menyediakan persaingan sengit di atas litar, sebaliknya turut menjadi pentas menyediakan ‘pesta’ hujung minggu buat para penduduk setempat.

Di setiap lokasi kejuaraan ini dilangsungkan, para penonton tidak hanya disajikan dengan perlumbaan, tetapi turut berpeluang mengunjungi gerai-gerai promosi yang disediakan oleh pihak penganjur.

Segala-galanya ada daripada booth jualan makanan, booth alat ganti motosikal mahupun cendera hati kenang-kenangan Cub Prix.

Booth Petronas dan juga syarikat telekomunikasi ONEXOX juga berdiri megah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk menganjurkan ‘on the spot game’ buat para pengunjung.

Boleh dikatakan bahawa para penonton yang membanjiri litar Cub Prix di semua venue sepanjang musim ini tidak akan berasa bosan kerana mereka bakal dihiburkan dengan pelbagai acara sampingan termasuk berpeluang membeli momento kenang-kenangan yang berkaitan dengan Cub Prix.

Selain itu, kedatangan Cub Prix turut membuka peluang kepada masyarakat tempatan untuk berniaga bagi memperkenalkan makanan ciri khas daerah masing-masing kepada komuniti Cub Prix.

Apa yang pasti, pengusaha homestay serta hotel turut menikmati faedah daripada kehadiran Cub Prix di tempat mereka setiap tahun.

Bagi para penonton yang belum mengetahui acara samping yang ditawarkan oleh Cub Prix, mereka wajar datang ke lokasi perlumbaan bagi melihat sendiri kemeriahannya.

Di setiap pusingan Cub Prix di seluruh semenanjung, ada 13 booth disediakan di kawasan khemah promosi kejuaraan tersebut.

Antaranya adalah booth CP Food yang menawarkan menu menarik kepada para pengunjung serta booth minuman Spritzer.

Bagi yang berminat mendapatkan alat ganti motosikal atau khidmat nasihat, mereka boleh mengunjungi booth syarikat RKM, NGK, Nasty Port Flow, KYB, Samurai dan juga syarikat pembekal tayar Maxxis.

Booth menjual baju-T juga membuka gerai mereka di kawasan promosi tersebut termasuk booth Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Bagi peminat motosikal yang mahukan kelihatan motosikal mereka lebih cantik dan menarik, mereka boleh mengunjungi gerai syarikat Samurai untuk khidmat nasihat.

Samurai merupakan pengeluar cat semburan unggul di rantau ini dan sebahagian besar motosikal yang digunakan oleh para pelumba di Cub Prix mendapat sentuhan daripada aerosol semburan keluaran Samurai.

Turut diadakan adalah pameran motosikal Yamaha dan Honda. Di gerai Cub Prix pula menawarkan pelbagai cendera hati seperti topi, baju-T untuk dewasa dan kanak-kanak serta botol air. Ia boleh didapati pada harga yang amat berpatutuan.

Untuk memeriahkan lagi ‘pesta’ Cub Prix musim ini, maka diperkenalkan CP Happy Bag bermula dengan Pusingan 5 di Terengganu baru-baru ini.

Happy Bag itu yang mengandungi baju-T edisi terhad dan yang lainnya, dijual pada harga RM50.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualan Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, para penonton boleh membeli Happy Bag itu di booth promosi Cub Prix di setiap venue kejuaraan tersebut berlangsung sepanjang musim ini.

“Selain baju-T Cub Prix edisi terhad beg tersebut turut mengandungi pemegang kunci atau stiker UMA Racing dan juga baucer bernilai RM5 yang boleh digunakan untuk membeli cendera hati atau makanan di booth-booth promosi Cub Prix.

“Para penonton yang membeli beg tersebut layak menyertai cabutan bertuah dan pemenang hadiah utama bakal membawa pulang sebuah motosikal sama ada jenama Yamaha Y15ZR atau Honda Dash 125,” jelas Yvonne.

Katanya lagi, beberapa hadiah istimewa lain turut disediakan menerusi cabutan bertuah itu.

“Cabutan bertuah ini juga akan diadakan pada Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang pada 20 hingga 22 September nanti dan dua buah motosikal masing-masing jenama Honda RS150R serta Yamaha Y15ZR menanti pemenang hadiah utama,” ujar Yvonne.

Pada saingan Pusingan 5 di Kuala Terengganu sebelum ini, Wan Mohamad Shahir Wan Amri dari Kota Bharu, Kelantan telah memenangi hadiah utama untuk membawa pulang sebuah motosikal Honda Dash 125.

#GenerasiCubPrix

#MalaysianCubPrix

#CubPrix

#TarmacSports

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020