• Admin

Hafizh Sah Sertai Angel Nieto Tanpa Gaji, Namun





Hafizh Syahrin telah disahkan menjadi sebahagian daripada pasukan Angel Nieto tahun 2020 setelah persetujuan yang dibuat semasa GP Thailand dalam Moto2.


Ruang kosong yang ditinggalkan Dixon selepas menyertai PETRONAS SRT menjadi pilihan terakhir bagi pelumba negara yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur.


Selepas dua musim bersama pasukan Tech3 MotoGP dengan menggunakan jentera Yamaha dan berpindah dengan menggunakan jentera satelit KTM apabila hasil persetujuan pasukan yang berasal dari Perancis menyertai pasukan pengeluar baru yang berpangkalan di Austria.


Hafizh yang sebelum ini menyertai Tech3 disebabkan menggantikan Jonas Folger pada 2018 menunjukkan prestasi cemerlang apabila hanya beberapa mata dibelakang rookie tahun tersebut, Franco Morbidelli.


Setelah berpindah dari jentera Yamaha kepada KTM, pasukan Tech3 seumpama mencari nahas apabila lemah dalam kempen 2019 dengan tiada catatan yang baik disebabkan penyediaan jentera yang teruk walaupun rekod kempen untuk Moto2 dan Moto3 KTM sangat baik.


Alasan yang digunakan oleh Tech3 bahawa Hafizh tidak cemerlang adalah alasan wayang kulit yang cuba singkirkan pelumba Asia untuk terus memperbaiki tunggangan menggunakan jentera paling lemah dalam sejarah.


KTM tidak perlu angkuh dengan mengakui kelemahan jentera mereka dan perlu mengekalkan semua pelumba jika ingin memperbaiki kekurangan. Ini antara kenapa Zarco meninggalkan KTM Factory walaupun belum habis musim. Kesemua pelumba sangat baik rekod mereka termasuklah dari pasukan satelit sekalipun. Miguel Olivera tidaklah sehebat mana apabila menunggang jentera satelit KTM malah hampir sama prestasi dengan apa dicapai Hafizh.


KTM perlu turunkan ego mereka walaupun KTM merupakan nama yang besar, namun dalam arena kelas premier MotoGP, mereka hanyalah bayi yang baru mula belajar berjalan. Tetapi gaya orang Eropah ini memang biasa dengan sikap hidung tinggi dan payah untuk mengaku kekurangan seperti apa yang diungkap oleh bos KTM.


Hafizh yang bakal bergandingan dengan Aron Canet dalam Moto2 tahun 2020 berasa yakin mampu mengembalikan kecemerlangan beliau dalam kategori yang pernah membawa rekod baik antara tahun 2014 hingga 2017.


“Saya rasa dengan menyertai Angel Nieto kami akan melakukan kerja dengan baik untuk musim hadapan. Moto2 bukanlah kategori baru buat saya kerana saya sudah pun beberapa tahun berlumba dalam kategori tersebut, tetapi sekarang saya bakal menggunakan casis yang berbeza dan enjin berbeza dengan lebih kuasa dan tayar yang berbeza.


“Saya telah pun berlumba dengan kebanyakkan pelumba dalam kelas Moto2 dan saya rasa mampu untuk berada dikedudukan hadapan. Saya akan berikan yang terbaik untuk berada pada kelompok 5 terbaik, saya juga berasa selesa kerana saya pernah bekerja dengan mereka sebelum ini dan rasakan kami boleh jadi yang terbaik.”


Hafizh yang sebelum ini bersama pasukan Petronas Sprinta Moto2 menggunakan mekanik dan pakar dari Eropah yang kini menyertai Angel Nieto antaranya Oscar.


“Saya mengucapkan selamat datang kepada Hafizh Syahrin dalam pasukan kami. Ia adalah sesuatu berita yang baik kepada kami apabila menandatangani seorang pelumba yang berpengalaman dalam cabaran kami dalam kelas Moto2,” berkata Jorge Martinez, bos Aspar.


“Kami merancang langkah yang besar bagi tahun 2020 dan kami tahu kedua-dua Hafizh dan Aron Canet akan membantu pasukan dalam menjadi yang terbaik. Hafizh adalah seorang pelumba yang mempunyai beberapa tahun pengalaman dalam kategori ini dan kami yakin beliau akan meraih sesuatu yang besar.”


Namun begitu, antara kontrak yang termasuk dalam 2020 adalah, hafizh perlu mencari penaja sendiri dan tidak dibayar gaji oleh Angel Nieto dan hanya menerima imbuhan apabila mencapai sasaran yang diletakkan oleh pasukan. Dari segi penjaan peribadi, RS Taichi dan Red Bull masih kekal bersama.


Nasib yang hampir sama dengan apa yang berlaku pada Tom Luthi yang terpaksa kembali dalam kategori Moto2 tetap diterima positif oleh pelumba berusia 25 tahun itu sebagai pelumba professional. Semestinya peminat MotoGP dari Malaysia akan terus beri sokongan kepada bintang permotoran yang cukup menyinar dalam kariernya.


#HS55 #MotoGP #AngelNieto #Moto2 #KTM #Tech

110 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020