• Admin

Hafizh Syahrin Bakal Muncul Pertama Kali Di Sepang 1000KM

Hafizh Syahrin Muncul Pertama Kali Latihan Sepang 1000KM minggu lepas.


Edisi ke-11 Sepang Sepang 1000KM Endurance Race (S1K) dari 22 sehingga 24 November akan lebih menarik bagi peminat permotoran di luar sana dimana nama besar ikon permotoran negara, Hafizh Syahrin akan sertai buat kali pertama.


Bintang permotoran negara itu telah memulakan latihan pada Isnin yang lepas bersama pasukan Hi-REV SIC Dream Chaser bagi persediaan S1K.


Hafizh pada awalnya sertai latihan dengan duduk di kerusi penumpang yang dipandu oleh Mitchell Cheah, pemandu SIC Talent Development Program bagi pengenalan dan mengajar cara mengendalikan kereta, penguasaan trek, ‘frictions, keupayaan dan banyak lagi. Latihan yang berlangsung selama 5 jam bermula 1 petang sehingga 5 petang itu bertujuan bagi memastikan Hafizh mampu untuk memandu pada garis lumba yang betul dimana tidak sama dengan garis lumba dua roda.


Beliau akan sekali lagi akan menguji kemampuan mengendalikan jentera empat roda bagi persediaan perlumbaan S1K pada kereta jenis Toyota Vios bernombor 910. S1K adalah cabaran pertama Hafizh dalam penampilan perlumbaan empat roda sebagai langkah awal perlumbaan FIA World Touring Car Cup (WTCR) di SIC pada 13 sehingga 15 Disember 2019.


“Perubahan daripada dua roda kepada empat roda memang sesuatu yang berbeza dari segi taktikal dan strategi. Saya memerlukan persediaan fizikal dan mental pada tahap tertinggi. Selain daripada itu, saya juga perlu cepat sesuaikan diri dengan perubahan dan lenggok bagi jentera empat roda di trek.” Kata beliau.


Pelumba Redbull KTM Tech 3 menambah lagi, beliau akan buat yang terbaik bagi S1K. Beliau mempunyai jadual yang padat bagi meneruskan perlumbaan pusingan akhir MotoGP 2019 di Valencia dan akan pulang bagi hadapi S1K.


Setelah selesai saingan S1K, beliau sekali lagi akan ke Valencia bagi menguji jentera baru bersama pasukan Moto2, Angel Nieto di Valencia bagi 2020 Championship.


Hafizh Syahrin bakal bergandingan dengan pelumba muda yang berkemahiran tinggi Alister Yoong, anak kepada bekas pelumba Formula 1 negara, Alex Yoong bersama Bradley Benedict Anthony yang baru berusia 17 tahun dan merupakan bintang muda yang sedang meningkat naik bagi sukan permotoran Malaysia.


Antara lain adalah selebriti Malaysia, Shuib Sepahtu, Sharnaaz Ahmad dan Zizan Razak bakal sertai S1K dibawah pasukan 23 Motors. Kemahiran mereka bakal dipertontonkan di depan penonton pada hari perlumbaan nanti.


Pasukan bagi kategori (M-Production) yang dijangka bertanding adalah HI-REV Dream Chaser, HI-REV SIC Dream Chaser, Proton R3, BHP Petrol Team, OD Racing, Tedco Racing, Daniel Rein Ooi, N1 Racing, Keno SRT Motorsport, Team RS Autosport, Phillips 66, HMRT (Honda Malaysia Racing Team), Kegani Racing, DV Motorsport, Wing Hin.


Bagi kategori (S-Production) pula disertai oleh RWorks, Riyoz Racing, HIREV SIC Dream Chaser, Team SSAD Associates, ST Wangan, BHP Petrol Racing Team, OD Racing, Daniel Rein Ooi, 23 Motors, 778 Autosport, TMP Piston Project, Mashlino, Salwal, Keno SRT Motorsport, Larry, Jonathan Xie, R Engineering, Kegani Racing, Tony Chooi, DV Motorsport, DNT Tune, Racemaniac, RR Mozid Racing and Wing Hin.


Dijangka jumlah kereta yang bakal bertanding adalah 72 kereta yang akan sertai Kejohanan S1K. Peminat permotoran dijemput untuk datang bagi memberi sokongan bagi acara tempatan dengan kemasukkan percuma bagi Grandstand. Bagi yang berminat untuk melihat secara ekslusif, boleh dapatkan Paddock Pass yang berharga RM100 dan Paddock Season Card bernilai RM250. Tiket pakir kereta dikenakan sebanyak RM11 untuk kereta dan motosikal RM2.


#S1K #HS55 #SIC #Sepang1000KM

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020