• Admin

Hafizh Syahrin Teruskan Proses Rehab dan Kuarantin Di Hotel

"Sedikit kecewa kerana tidak dapat berlumba pada minggu ini (23 Ogos). Jika anda tanya saya, semestinya saya mahu berada di litar. Ketika doktor menekan pada otot memang rasa sakit dan mereka meminta saya berjalan tanpa bantuan beberapa meter dan agak perlahan. Dari situ, doktor tidak membenarkan saya berlumba dan lebih baik untuk jalani pemulihan."


Itu kata-kata Hafizh ketika ditemubual pihak MotoGP.


Hafizh Syahrin jalani kuarantin di hotel

Setelah terbabit dengan kemalangan mega pada 16 Ogos lalu, Hafizh telah pulang ke tanah air untuk jalani proses pemulihan di Kuala Lumpur. Hafizh kini menjalani kuarantin di hotel dan rehab secara sendiri.


Berbalik kepada kemalangan lepas, ini perkongsian Hafizh:


"Sukar untuk saya mengelak jentera walaupun saya telah nampak Enea Bastianini berjalan di tepi litar. Langsung tak sedar bahawa jentera berada di tengah litar dan saya cuba fahami dimana jentera itu berada. Bila saya nampak, saya tidak sempat brek atau perlahankan jentera ketika 160km/h.


"Saya tidak dapat merasa kaki pada 2-3 minit setelah doktor memotong baju, namun selepas itu saya dapat rasakan sedikit demi sedikit. Bagi saya, inilah kemalangan terburuk sepanjang karier saya."


Gambar: Aspar Team

Hafizh disahkan tidak cergas untuk berlumba pada perlumban kedua di Austria namun apa yang kita faham dengan 'cergas' mengikut permintaan FIM?


Mengikut Peraturan FIM, selepas kemalangan, pelumba perlu menjalani pemeriksaan khas bagi melihat seseorang pelumba itu cergas atau tidak dengan pengesahan Chief Medical Officer (CMO). Dan antara objektif pemeriksaan selepas kecederaan adalah untuk mengurangkan kesakitan (mampu berlumba semula) kurangkan tempoh berada di hospital dan membolehkan pelumba jalani pemulihan lebih awal.


Namun jika disahkan belumba, ia bukanlah jalan pintas tetapi memerlukan pengesahan pegawai perubatan MotoGP bagi tidak membahayakan diri sendiri atau pelumba lain. Antara ujian kebolehan yang diperiksa oleh CMO sebelum boleh seseorang pelumba kembali adalah:


  1. Boleh melenggokkan bahagian pinggang dan lutut melebihi 50%

  2. Berdiri dengan satu (1) kaki dengan sekurang-kurangnya 5 saat (kedua belah kaki).

  3. Berjalan 20 meter tanpa bantuan alat tidak melebihi 15 saat.

  4. Melompat atas dan bawah 10 kali dengan tidak melebihi 20 saat.

  5. Tekan tubi.


Jadi, jika pelumba hadir ke pusat perubatan litar atau sering kali hadir, ia adalah perkara biasa.


Bagi Hafizh, dia hanya perlu menumpukan untuk memulihkan anggota badan seperti biasa kerana kecederaan yang dialami hanya pada bahagian bawah badan.


Ketika ditanya sama ada beliau akan ke Institut Sukan Negara bagi tujuan rehab, ini jawapan beliau:


"Buat masa ini saya masih lagi jalani proses kuarantin di hotel, masih tak boleh keluar. Ada baki tempoh kuarantin lagi 11 hari. Berkenaan rehab, saya rehabilisasi sendiri dulu."


Menjelang perlumbaan di San Marino Hafizh yakin beliau akan berada disana.


"Ya. Saya akan berada di San Marino 100% dan pasti lebih 90% cergas dari sekarang kerana hari demi hari saya semakin pulih. Dan jika anda tanya saya berapa hari lagi diperlukan untuk sembuh sepenuhnya, saya boleh katakan 4-5 hari lagi dari sekarang (20/08/2020) untuk berjalan laju tanpa bantuan.


Prestasi Hafizh kian meningkat disetiap perlumbaan.

Tarmac Sports serta peminat sukan permotoran mendoakan supaya Hafizh cepat sembuh supaya dapat kembali ke litar seperti biasa. Anda tetap hero kami semua.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020