• Admin

Hafizh Tidak Sempat Merasai Cabaran Perlumbaan EWC Sebenar

Selepas Litar Sepang dibasahi hujan lebat sejak jam 10 pagi, keadaan itu kembali reda apabila namum sebaik sahaja perlumbaan baru hendak bermula, hujan lebat dan terpaksa ditangguhkan sehingga jam 3 petang. Namun hujan sekali lagi lebat sehingga petang.



Sebanyak 50 jentera bertanding dalam 8 Hours Sepang keluar dibelakang safety car namun perlumbaan terpaksa dihentikan disebabkan cuaca yang amat buruk dan menjarakkan penglihatan.


Semua pasukan dipanggil berbincang dan kata putus dicapai bersama yang perlumbaan tetap berjalan walaupun dia jentera di litar. Setelah jam 5 petang, Race Direction mengumumkan perlumbaan akan diteruskan pada jam 6 petang dengan baki 3 jam.


Perlumbaan semakin rancak pada awalnya sebelum pertembungan Mike di Meglio (F.C.C. TSR Honda France) dan Michael van der Mark (Yamaha Sepang Racing) yang mengakibatkan pasukan Yamaha Sepang Racing terpaksa masuk ke pit hampir 5 minit.


Tunggangan Michael van der Mark diganti dengan Franco Morbidelli dan beliau melakukan pencapaian yang baik dari kedudukan ke - 33 ke kedudukan ke - 7. Namun Hafizh Syahrin tidak berpeluang beraksi pada perlumbaan ini disebabkan masa yang singkat.



Bagi pasukan BMW Sepang Racing, mereka berjaya tamatkan perlumbaan debut dengan kedudukan ke -8 dengan penampilan semua pelumba Azlan Shah, Adam Norrodin dan Julien Costa.


Situasi tiga gandingan pelumba negara lain Farid Badrul, Hafiq Azmi terpaksa dilupakan apabila tidak dibenarkan berlumba disebabkan catatan masa yang tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh FIM sekali gus tiada kelibat mereka dan pasukan di paddock.



76 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png