• Admin

Hakim Danish Bakal Beraksi di ETC 2021

Hakim Danish yang telah mengikuti sejak perlumbaan pusingan 1 di Sepanyol dan kini berkongsi pentas dengan Sharul Ezwan.

Gambar: ZK Racing

Hakim Danish, pemenang SIC MiniGP Championship Musim 1 mahukan satu lagi kejayaan dan akan membuat penampilan sulungnya di European Talent Cup (ETC) pada 13 Jun 2021 di Barcelona-Cataluña dengan Liqui Moly Intact SIC Racing Team bersama Sharul Ezwan sebagai rakan sepasukannya. Baki 6 perlumbaan daripada 8 keseluruhan cukup untuk Hakim tunjukkan kemahiran beliau.


Hakim telah pun menunjukkan prestasi yang luar biasa di Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) di Qatar di mana dia berjaya memperoleh tiga podium. Berikutan kejayaan itu, Liqui Moly Intact SIC Racing Team kini telah menjemput dan peluang untuk Hakim Danish untuk berlumba di ETC berdasarkan prestasi dan usaha yang luar biasa.



Sehingga kini, terdapat empat pelumba Malaysia yang bertanding dalam FIM CEV Repsol Championship; Adam Norrodin dalam Moto2 European Championship, Syarifuddin Azman dalam Moto3 World Junior Championship, Sharul Ezwan dan Hakim Danish di ETC. Sharul Ezwan dan Hakim Danish juga bertanding di IATC.



Ucapan Hakim Danish:

“Saya dibersyukur dan bersemangat untuk berlumba di ETC. Berharap dapat bersaing dengan pelumba Eropah bersama rakan sepasukan saya, Sharul Ezwan. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua penaja saya, terutamanya IntactGP dan SIC. Saya cukup yakin saya akan memperoleh pengalaman berharga dengan peluang yang luar biasa ini. Terima kasih.”

Gambar: ZK Racing

Ucapan Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin :


“Saya sangat bersyukur kerana Hakim Danish mendapat peluang ini untuk sertai dalam ETC. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada IntactGP dan SIC kerana memungkinkan ini. Danish adalah pelumba berbakat. Dia meraih tiga podium dalam penampilan pertamanya di IATC. ETC adalah platform yang baik untuk dia memperoleh beberapa pengalaman berlumba dengan pelumba Eropah terbaik di litar Eropah. Kami yakin bahawa dia dapat menamatkan perlumbaan dengan baik dan membuat kami bangga sebagai rakyat Malaysia.”


21 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png