• Admin

Hasrat Adam Tamatkan Perlumbaan 5 Terbaik Berhasil

Kemaskini: Jul 15

Pusingan ke - 2 FIM CEV Repsol 2020 telah pun tamat semalam di Litar Autodromo do Algarve, Portugal. Sesi kelayakkan dengan cuaca yang panas sehingga 45 darjah tidak melemahkan semangat pelumba negara yang beraksi di Kejohanan Motosikal Eropah (FIM CEV).



Dalam sesi kelayakkan Moto2, Adam Norrodin dari pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team mencatat kedudukan ke - 4 dengan perbezaan +1.147 saat dibelakang Yari Montela pendahulu petak mula.


Bagi pelumba Moto3 Junir World Championship, Syarifuddin Azman yang bersama pasukan Monlau Motorsport sedikit kecewa apabila terpaksa bermula dipetak ke -12 apabila mencatat kedudukan ke - 11 pada QP1 dan ke - 28 pada QP2.



Pelumba kategori European Talent Cup, Sharul Ezwan yang bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team bermula di petak ke - 28 setelah mencatat kedudukan ke - 27 dalam QP1 dan terjatuh semasa QP2 dan gagal mencatat sebarang masa meletakkan beliau pada barisan belakang.



Perlumbaan yang bermula sekitar jam 6 petang waktu tempatan nyata mengembirakan apabila tunggangan Adam terus mantap untuk beliau tamatkan Perlumbaan 1 pada kedudukan ke-5.


"Pada minggu ini adalah minggu yang positif buat saya. Kami boleh lihat peningkatan jika dibandingkan dengan Litar Estoril. Bermula petak ke - 4 menjadikan saya dan pasukan lebih positif. Perlumbaan 1 saya rasa sangat gembira apabila menamatkan pada P5 namun masih ada perkara yang boleh ditingkatkan.


"Pada perlumbaan 2 saya cuba untuk memintas pelumba dihadapan dan terpaksa bekerja keras sebelum kehausan tayar hadapan. Apa yang boleh saya katakan, Perlumbaan 2 sedikit mengecewakan dan akan jadikan sebagai pedoman untuk lebih baik. Lebih penting adalah saya dan pasukan terus menunjukkan peningkatan".



Bagi kategori ETC pula, Shahrul Ezwan berjaya tamatkan perlumbaan pada kedudukan ke - 26.


"Dalam perlumbaan saya bermula dari petak ke - 28 dan bermula dengan agak baik.Saya cuba untuk memintas beberapa pelumba namun, saya melakukan kesilapan pada pusingan pertama dan terus hilang kedudukan ke belakang. Saya tidak berpuas hati dengan persembahan saya kali ini apabila menamatkan kedudukan ke - 26. Apa-apa pun, saya akan buat yang terbaik pada perlumbaan seterusnya".


Kategori Moto3, Syarifuddin Azman berjaya tamatkan perlumbaan pada kedudukan ke -14.


"Pada permulaan saya tidak bermula dengan baik. Saya bermula sedikit lewat pada mulanya dan terganggu dengan keadaan jentera. Saya tidak yakin namun cuba kekalkan momentum dan sentiasa konsisten sehingga perlumbaan tamat.Syukur saya dapatkan habiskan perlumbaan dan mengutip mata yang merupakan sasaran saya pada perlumbaan kali ini. Pastinya saya akan buat lebih bagi di Litar Jerez nanti."


Pusingan 3 dan 4 FIM CEV akan dijadualkan bersambung pada 29 Ogos - 30 Ogos di litar Jerez.


Kongsikan artikel ini untuk lebih isu permotoran negara.






Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020