• Admin

Haziq Fairues Suka Litar 'heavy breaking'

Rentak pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor semakin pantas.




Md Haziq Md Fairues memahat nama sebagai juara apabila menguasai perlumbaan akhir kelas CP150 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor.


Pada perlumbaan tersebut, Haziq menamatkan saingan dengan catatan masa 14:50.393 saat (s), sekali gus menghampakan pencabar terdekatnya, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 14:52.378s.


Tempat ketiga menjadi milik pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Nazirul Izzat Md Bahauddin yang menamatkan saingan dengan masa 14:52.792s.


Perlumbaan akhir kelas perdana itu memang berlangsung sengit kerana para pelumba yang mendahului saingan sering bersilih ganti.


Di awal saingan, Afif tampil pantas namun kedudukannya dipintas Izzat pada pertengahan perlumbaan. Ketika Izzat dilihat berada dalam kedudukan selesa, jentera Haziq pula dilihat semakin pantas dan dia terus bekerja keras untuk merapatkan posisi dengan kelompok pelumba hadapan.


Strateginya yang bersaing secara selamat telah membuahkan hasil dan keadaan jenteranya yang semakin stabil turut memudahkan tugasnya untuk memintas Izzat, sekali gus menguasai perlumbaan sehingga ke garis penamat.


“Terima kasih kepada seluruh krew pasukan yang telah menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi perlumbaan hari ini. Ini merupakan kemenangan pertama saya musim ini dan berharap momentum cemerlang ini berterusan dalam baki dua saingan lagi selepas ini,” jelas Haziq.


Dengan kemenangan tersebut, Haziq kini menghuni tempat ketiga keseluruhan dengan meraih 93 mata manakala kedudukan pendahulu masih kekal menjadi milik Afif dengan 127 mata.


Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar di kedudukan kedua dengan

102 mata.


Saingan Pusingan 9 kejuaraan ini akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 16-17

November nanti.


#MalaysiaCubPrix #CubPrix #GenerasiCubPrix

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020