• Admin

Ibrahim Norrodin Perbaharui Rekod 600cc Dengan Catatan 2:09.890s


Dengan menggunakan jentera dan litar yang sama dalam perlumbaan Asia Road Racing pada awal tahun ini, Ibrahim menebus kekecewaan dengan konsisten bagi Pusingan 1 Malaysia Superbike Championship yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang dengan memenangi 3 perlumbaan pada Sabtu dan Ahad.


Ibrahim Norrodin mencatat masa terbaik dalam perlumbaan dengan 2:09.890s dan mengatasi semua masa yang dibuat oleh pelumba kelas 600cc bagi kejuaraan Asia yang sebelum ini dipegang oleh Adam Norrodin dengan 2:10.342s ketika dalam Perlumbaan 2, Pusingan 1 Asia Road Racing 2019 di Litar Sepang.



#66 Ibrahim Norrodin


"Pada sebelah pagi saya berdepan sedikit masalah pada pertengah perlumbaan. Saya bersaing dengan Azroy sejak awal sehingga akhir perlumbaan. Saya memintas dia pada selekoh akhir perlumbaan dan memang mendebarkan. Dalam perlumbaan 3, pernyediaan jentera sangat baik dan saya sangat berterima kasih pada pasukan. Cuaca yang baik juga menyebab saya dalam kekalkan konsisten dan menjarakkan diri dari Azroy dan Helmi.


"Saya bersyukur memenangi ketiga tiga perlumbaan dihadapan. Terima kasih kepada Sepang International Circuit, ZK Racing dan penaja. Saya akan terus tingkatan pada perlumbaan akan datang."


Naib juara keseluruhan MSBK600, Azroy Hakeem dari Boon Siew Honda Racing Team dengan 60 mata manakala Helmi Azman dari Hi-Rev SCK Honda Racing Team berada di tempat ketiga dengan 48 mata. 





Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020