• Admin

Idlan Hakimi, Shafiq Rasol, Azroy Hakeem Kuasai Hari Kelayakkan



Jentera Honda memulakan langkah bergaya pada saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2002 yang membuka gelanggang di Litar Lumba Tangkak hari ini. Ia dibuktikan menerusi pencapaian pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing apabila pelumbanya, Azroy Hakeem Anuar muncul perlumba terpantas pada sesi kelayakan bagi kelas utama iaitu CP150.


Azroy yang sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga pada perumbaan Pusingan 1 di Sepang bulan lalu, telah memperlihatkan aksi lebih mantap kali ini, dan ia membuktikan kesungguhannya untuk menguasai saingan di Tangak nanti. Pelumba asal Selangor itu tampil dengan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan dengan merekodkan 44.031 saat (s).


Jentera yang ditunggangnya nampak semakin stabil, sekali gus memudahkan tugasnya untuk menawan litar sepanjang 1.025 kilometer itu. Sebelum itu pada sesi latihan bebas pertama, dia sekadar mencatat masa ke-13 terpantas iaitu 45.000s sepusingan sebelum bangkit pada sesi latihan kedua untuk berada dalam kelompok lima teratas dengan masa 44.479s.


Dua sesi tersebut dipergunakanya untuk menguji kestabilan jenteranya sebelum melangkah semula ke gelanggang untuk memulakan sesi kelayakan. Seperti yang dijangka, dia tampil maksimum pada sesi kelayakan itu untuk muncul pelumba terpantas.


“Setakat ini, semuanya berjalan seperti dirancang. Keadaan jentera sangat stabil dan ini memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan yang lebih baik pada aksi sebenar esok,” jelas Azroy.


Juara Pusingan 1, Md Helmi Azman masih belum memperlihatkan taringnya hari ini, dan pelumba pasukan Hi Rev SCK Honda Racing itu sekadar menamatkan sesi kelayakan itu di kedudukan ketujuh dengan merekodkan masa 44.320s.


Md Akid Aziz ( PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) pula dilihat mula mengorak langkah selepas mencatatkan masa kedua terpantas pada sesi kelayakan itu dengan masa 44.050s. Md Iqbal Amri Abd Malik yang menggalas cabaran pasukan AHM Motorsports berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga terpantas dengan masa 44.098s.

Sementara itu, bagi kelas CP125 pula, Md Shafiq Rasol yang mewakili pasukan ONEXOX TKK SAG Team tampil dalam kelas tersendiri untuk mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan. Pelumba asal Melaka itu menamatkan sesi tersebut dengan masa 46.026s sepusingan.


Tempat kedua terpantas pula menjadi milik rakan sepasukannya, Md Hafiza Rofa dengan merekodkan masa 46.318s. Pelumba pasukan IPONE Yamaha YYPang Racing Team, Md Fareez Afeez Abd Rahman berada di kedudukan ketiga dengan masa 46.343s.


Seperti mana yang berlaku pada aksi Pusingan 1 di Sepang bulan lalu, barisan pelumba ONEXOX TKKR SAG Team diramal bakal sekali lagi menguasai saingan di Tangkak hujung minggu ini. Sesi kelayakan bagi kelas Wira hari ini turut menyaksikan persaingan sengit dan seperti dijangka, pelumba pasukan ONEXOX SAG Team menepati ramalan apabila menguasai dua kedudukan teratas bagi kelayakan A.


Md Norhakim Norhafizullah muncul terpantas bagi saingan kelayakan A dengan catatan masa 46.944s manakala rakan sepasukannya, Md Aeiman Hafidz Shahril di tempat kedua terpantas dengan masa 47.038s.


Kelayakan B pula dikuasai pelumba pasukan Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing, Md Idlan Haqimi Raduan dengan merekodkan masa terpantas 47.165s. Md Izzat Md Raduan (ONEXOX SAG Team) di kedudukan kedua dengan masa 47.217s.


Begitupun ketika berlangsungnya sesi Shoot-Out bagi kelas Wira membabitkan 10 pelumba terbaik, Idlan telah mencuri tumpuan apabila tampil terpantas dengan masa 46.922s, sekali gus bakal bermula di petak pertama pada perlumbaan sebenar esok.


Norhakim yang mencatata masa terpantas pada sesi kelayakan B bakal bermula di petak kedua selepas muncul kedua terpantas pada sesi Shoot-Out hari ini dengan masa 46.932s.


Aeiman pula bakal menghuni petak ketiga apabila menghuni kedudukan ketiga pada sesi Shoot-Out dengan masa 47.019s.

Juara kelas Wira Pusingan 1, Rahimi Nabil (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing kurang tampil maksimum hari ini apabila terkeluar daripada sesi Shoot-Out selepas sekadar menghuni kedudukan ke-10 pada sesi kelayakan A.


Esok, saingan akan bermula dengan sesi Shoot-Out bagi kelas CP125 diikuti Superpole untuk kelas CP150.

Perlumbaan akhir dijadualkan berlangsung pada sebelah petang.


Saksikan perlumbaan secara langsung menerusi FB Live MalaysianCubPrix.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020