• Admin

Idlan Haqimi, Syarifuddin Azman Sedia Hadapi Pusingan Akhir Asia Talent Cup 2019

Gelaran juara bagi Asia Talent Cup 2019 bakal ditentukan dengan lagi dua perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang.




Ini merupakan kali ke-2 Sepang menjadi litar kejohanan yang mencari dan mengasah bakat muda serata Asia selepas pusingan ke-3 dengan menyaksikan perlumbaan 5 & 6 untuk tahun 2019.


Bagi pelumba negara, Syarifuddin Azman yang menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang pada perlumbaan di Motegi Oktober lalu menjadi motivasi terbaik untuk mereka beraksi dengan lebih cemerlang di perlumbaan akhir di tempat sendiri.



Syarifuddin Azman #13 akan bermula petak ke-7, manakala Idlan Haqimi #23 bermula petak ke-16. Barisan hadapan akan dimula oleh tiga pelumba Jepun yang diketuai oleh Matsuyama.



Dalam pada itu, pelumba muda negara, Idlan Haqimi yang menggantikan Idil Fitri yang masih tidak dapat beraksi dilihat positif untuk kejutan peminat sukan permotoran dua tayar.


“Jentera Asia Talent Cup agak berbeza dengan jentera di Thailand Talent Cup. Saya akan cuba yang terbaik bagi perlumbaan petang petang Sabtu dan Ahad. Persediaan jentera pada perlumbaan kali ini cukup baik dan saya berterima kasih pada mekanik Asia Talent Cup.” berkata Idlan ketika latihan bebas Jumaat.


Perlumbaan ke-11 dijadualkan bermula pada 4.30 petang pada Sabtu manakala perlumbaan ke-12 pusingan 6 Asia Talent Cup akan bermula pada 10.30 pagi Ahad.


#MalaysianGP #AsiaTalentCup #TarmacSports

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020