• Admin

Ini Data Dari Alpinestars Tentang Kemalangan Marquez

Pengeluar baju perlumbaan buat Juara Dunia lapan kali, Alpinestars telah mengeluarkan data daripada selepas apa yang berlaku pada Marquez semasa FP1 Buriram.


Marc Marquez yang dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam insiden yang mengerikan di selekoh 7 tidaklah seperti apa yang dijangkakan.


Data tentang baju lumba Tech Air Marquez diterangkan secara spesifik sebelum terhempas sehingga beliau dikejarkan ke hospital.


Semasa kemalangan FP1 di Thailand melihatkan beg udara terbuka 585 saat sebelum dia merima impak di tarmac sehingga daya impak 26.14g. Telemetri yang dikeluarkan menunjukkan beg udara Marquez dapat mengesan kedudukan pelumba sama ada berada pada kedudukan normal atau terbang untuk terhempas.

Rekod terkini yang dikesan oleh Alpinestars adalah impak pada Loriz Baz dengan daya impak sehingga 29.9g pada sebelah bahu kiri semasa di Sepang 2016.




Jadi, apa yang kita boleh pelajari daripada data? Ia adalah dua saat diantara Marquez hilang kawalan atas jentera RC213V dan kemalangan. Dengan beg udara membuka 0.585 saat sebelum Marquez terkena pada permukaan tarmac.


Untuk impak pertama pada permukaan, pengesan pada bahu kiri merekodkan impak sebanyak 26.14g. Namunia tidaklah sedahsyat impak yang berlaku pada pelumba dari Perancis sebanyak 29.9g pada bahu kiri.


Bagaimana kita nak faham impak 26.14g? Okay kita boleh ambil contoh seorang pemain golf professional membuat pukulan pertama dengan impak pada bola setelah dipukul adalah 19g. Atau kemalangan kereta sekitar 64km/j dikatakan 35g. Dalam bahasa mudah, impak Marquez pada permukaan adalah kuat tetapi perlu diingat tidak bukan terus terkena pada badan.


Marquez perlu berterima kasih disebabkan kualiti dan teknologi yang dipadankan membantu pelumba untuk terus berlumba tanpa memikirkan keselamatan sendiri.


Marquez yang hampir tidak boleh beraksi mampu bangun tanpa diletakan apa-apa bantuan seperti stretcher daripada kemalangan dahsyat.


"Selepas terhempas, saya rasa tidak boleh bernafas selama 5 saat." kata Marquez yang menjulang kejayaan berganda di Buriram.




#MotoGP #MM93 #Alpinestar

7 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png