• Admin

Ini Jadual Rapid Bus Sempena Malaysia GP 2019



Rapid Bus Sdn Bhd – operator perkhidmatan bas Rapid KL - akan menyediakan perkhidmatan bas perantara khas untuk ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk acara sukan berprestij, Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2019, yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 November ini.


Rapid Bus dilantik sekali lagi sebagai Penyedia Rasmi Pengangkutan Awam GP Malaysia, Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan berkenaan daripada tiga lokasi strategik – KL Sentral dan KLCC, yang kedua-duanya dihubungkan oleh rangkaian pengangkutan rel Rapid KL, dan hub bus KLIA 2 khusus untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan udara tambang murah untuk menyaksikan acara sukan pemotoran utama negara.

“Bagi pihak Rapid Bus, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada SIC atas kepercayaan untuk melantik Rapid KL sebagai Penyedia Rasmi Pengangkutan Awam Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2019. Kami sebenarnya mengadakan kolabarasi ini bersama SIC sejak tahun 2014. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Janji kami untuk menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin demi kejayaan acara ini dan melonjakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tiket-tiket untuk menggunakan perkhidmatan bas perantara MotoGP ini mula dijual hari ini (16 Oktober) di stesen-stesen LRT terpilih iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni serta Kaunter Kad Konsesi MyRapid di Hab Bas Pasar Seni.




“Pada hari-hari acara daripada 1 November hingga 3 November, para peminat juga boleh membeli tiket bas ini di Hab Pengangkutan KLIA2 di Tingkat 1 daripada pukul 8 pagi hingga 1 pagi,” kata Encik Muhammad Yazurin, yang menasihati para peminat untuk membeli tiket awal bagi mengelakkan diri daripada perlu beratur panjang untuk membeli ketika hendak ke Sepang.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, perkhidmatan perantara adalah untuk tiga laluan antara SIC dan KL Sentral; SIC dan KLCC, serta antara SIC dan KLIA2. Untuk perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur sama ada di KL Sentral atau KLCC adalah RM20 untuk satu hala dan RM35 untuk tiket pergi-balik (return). Untuk sektor SIC – KLIA 2, Rapid KL menawarkan tambang pada kadar RM12 untuk satu hala.

Selain aksi-aksi hebat di litar untuk saingan MotoGP yang menampilkan pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah MotoGP, Adam Norrodin Moto 2 dan Moto3, para peminat turut berpeluang menyaksikan kehebatan bintang-bintang remaja dalam saingan Idemitsu Asia Talent Cup, yang turut menampilkan penunggang Malaysia Syarifuddin Azman.



SIC juga telah mengatur pelbagai acara luar trek atau ‘off-track’ yang hebat termasuk Karnival Mega MotoGP sepanjang tiga hari, pameran model-model motosikal, jualan aksesori, pelbagai juadah makanan dan barangan merchandise MotoGP, sesi autograf dengan pelumba dan sesi ‘public pitlane walk’.

Butiran lanjut mengenai perkhidmatan bas perantara ini boleh didapati daripada laman web www.myrapid.com.my atau menelefon TALIAN BANTUAN Rapid KL di 03-78852585.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Grand Prix Motosikal Shell Malaysia, para peminat boleh melayari laman web www.sepangcircuit.com.


Dapatkan tiket bas ke Litar Sepang di KLCC, KL Sentral, Masjid Jamek LRT Station & Kaunter Bas Pasar Seni daripada 16 October - 3 November 2019!

7 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020