• Admin

Ini Tiga Krew Yang Dibenarkan Bersama Rossi Tahun 2021 Dalam PSRT

Kemaskini: 2 Nov 2020

Ramai yang tertanya-tanya kenapa terlalu lama untuk mengikat Rossi walaupun sebelum ini sudah dimaklumkan sudah mencapai 99%. Apa yang susah untuk capai 1%?


Untuk pengetahuan, ini melibatkan tiga pihak antara Valentino, Yamaha dan PETRONAS Sepang Racing Team (PSRT). Memiliki Rossi tidak sama dengan memiliki pelumba lain. Antara yang menjadi salah satu sebab adalah ‘Right and Images’. Rossi memiliki perundangan sendiri, begitu juga pihak PSRT dan Yamaha.



Juara dunia dari Itali ini sememangnya mempunyai pengaruh kuat kepada pemasaran MotoGP, Yamaha dan beberapa pihak lain. Untuk mencapai kata sepakat wajarnya mengambil masa namun semuanya telah terjawab.


Rossi diberi kelonggaran untuk membawa tiga krew bersama ke dalam PSRT. Pertama adalah ‘Crew Chief’, David Munoz. Kedua ‘Data Engineer’, Matteo Flamigni dan ketiga adalah ‘Rider Coach’, Idalio Manuel Gavira. Namun mekanik paling setia dengan Rossi iaitu Alex Briggs yang telah bersama Valentino selama 20 tahun tidak dibenar mengikut bersama.\



Penubuhan awal PSRT adalah membangunkan pasukan dan ini termasuklah melahirkan mekanik yang hebat disamping pelumba muda.


Kontrak antara Valentino-PSRT-Yamaha, bukanlah sehelai dua kertas tetapi lebih dari itu. Pembiayaan gaji Rossi juga akan ditanggung sepenuhnya oleh Yamaha. Antara yang terkandung dalam kontrak itu adalah pembiayaan penggunaan jet peribadi atas urusan kerja Valentino bermula 2021.


“Benar, gaji Valentino akan ditanggung oleh pihak Yamaha dan kontrak yang dibuat melibatkan Valentino - Yamaha - PETRONAS Sepang Racing Team (PSRT).” kata Razlan Razali




16 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png