• Admin

IRTA: Lebih Ramai Pelumba MotoGP Sertai EWC Sepang 2020

Kemaskini: 16 Dis 2019



Pihak Sepang Circuit melalui CEO, Razlan Razali berkata akan ada penambahan pelumba MotoGP berlumba di EWC Sepang tahun hadapan.


IRTA menghubungi CEO Sepang Circuit pada Jumaat lepas dengan menyatakan rasa keterujaan pada penganjuran sulung Endurance World Championship tahun ini.


Antara sebab utama IRTA berkata demikian adalah pada penganjuran EWC kali ini semua krew, organisasi, pelumba MotoGP sedang berehat bagi musim sejuk dan hanya ada satu sahaja kejohanan dunia iaitu EWC di Sepang.


Perkongsian ini cukup mengembirakan peminat sukan permotoran dunia dan Asia untuk melihat kejohanan enduran 8 jam itu berlangsung lebih meriah tahun hadapan.


EWC merupakan perlumbaan siri motosikal dengan 5 pusingan dan kali ini Malaysia merupakan destinasi pusingan ke-2 bagi edisi 2019/2020. Selain itu ia adalah campuran pelumba dalam semua kejohanan berprestij seperti MotoGP, WSBK, ARRC dan banyak lagi.


Melihat kepada jumlah kehadiran penonton, Razlan akan tampilkan sesuatu yang lebih baik seperti shuttle ke Litar Sepang dan promosi yang lebih baik.


Walaupun perlumbaan pada kali ini sedikit terganggu oleh cuaca hujan yang terpaksa mengabaikan 5 jam daripada jumlah 8 jam secara keseluruhan namun kerancakkan perlumbaan cukup dirasai dengan aksi hebat seperti Morbidelli yang mengejar kedudukan ke - 33 sehingga ke kedudukan 7.



Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020