• Admin

ISN Bantu Hafizh Syahrin Sebelum Berlepas ke Misano

Selepas kemalangan teruk yang dialami oleh Hafizh Syahrin setelah merempuh jentera yang ditinggalkan pelumba Itali, Enea Bastianini daripada Italtrans Racing Team, yang terjatuh akibat gagal mengawal jentera yang ditunggangnya itu menyebabkan Hafizh terpaksa melupakan satu pusingan di Austria.



Hafizh Syahrin yang mewakili Team Aspar Racing yang mengalami kemalangan pada Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring terselamat daripada kecedaraan parah apabila tiada pelumba belakang yang melanggar. Hafizh yang tiba ditanah air beberapa hari bagi melawat keluarga yang sakit tenat. Dukacita juga dimaklumkan, nenek Hafizh menghembus nafas terkakhir sehari sebelum beliau berlepas ke Itali.



Perjuangan seorang pelumba perlu diteruskan, Hafizh hadir ke ISN bagi mendapatkan rawatan susulan setelah menjalani proses rehabilisasi semasa tempoh kuarantin di hotel. Antara rawatan yang diberikan ISN adalah rehab dan ultrasound. ISN telah pun bekerjasama dengan SIC bagi memfokuskan prestasi atlet.


Sebelum ini ISN bersetuju memberikan perkhidmatan prestasi tinggi dengan merancang dan melaksanakan program sains dan perubatan sukan kepada pelumba PETRONAS Sepang Racing Team serta mereka yang di bawah program pembangunan bakat SIC, Impian Ke MotoGP (IKM) sebelum menyertai Kejuaraan Dunia Remaja CEV Sepanyol (CEV), European Talent Cup, Idemitsu Asia Talent Cup dan Asia Road Racing Championship (ARRC).



Buat orang awam yang ingin menggunakan perkhidmatan PPSN yang terletak di ISN Bukit Jalil, waktu operasi dibuka dari jam 8.30 pagi - 5.30 petang. Sebarang maklumat lanjut dan temujanji, boleh menghubungi talian 03-8991 4880 atau layari laman web rasmi PPSN https://ppsn.isn.gov.my

Kos perubatan yang disediakan oleh ISN 20% lebih murah berbanding hospital atau pusat perubatan swasta tetapi dengan rawatan premium dan perkhidmatan kepakaran bermutu tinggi. Pengguna juga boleh menggunakan insuran bagi tujuan rawatan. Segala maklumat lanjut boleh hubungi pihak ISN terlebih dahulu.





Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020