• Admin

Isu Spesifikasi Teknikal Beri Ruang Buat Saiful Azhary Mula di Hadapan

Keputusan sesi kelayakan CP125 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu telah dipinda. Keputusan lima pelumba teratas dikecualikan di atas isu teknikal.


Gambar: Malaysian Cub Prix

Pelumba-pelumba yang terlibat termasuk Mohd Shafiq Rasol dan Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Mohd Faiz Zekri Sabri dan Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi dari pasukan ONEXOX SAG Team, serta Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing. Namun demikian, kelima-lima pelumba ini masih layak ke perlumbaan CP125 akhir dan akan memulakan perlumbaan dari barisan terakhir.

Dengan itu, trio IPONE Yamaha YY Pang Racing Team, Mohd Adib Rosley, Mohd Khairi Asyraf Mahmood dan Mohd Fareez Afeez kini mendahului senarai sepuluh pelumba menyertai sesi Shoot-Out CP125.


Keputusan Shoot-Out CP125 dimenangi oleh Saiful Azhary dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, kedua, Aliff Danial dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Adib Rosley dari pasukan IPONE YAMAHA YYPANG RACING TEAM yang akan bermula di barisan hadapan.


Isu teknikal adalah melibatkan artikel 12.20 yang perincikan tentang penggunaan Oil Cooler. Rujuk Regulasi Malaysian Cub Prix 2020, muka surat 33 untuk bacaan penuh.


Bagi pemilik pasukan Idemitsu HONDA Yuzy Racing, mereka menerima keputusan itu dengan terbuka setelah memahami regulasi yang digunakan dalam perlumbaan.


"Ya, sudah pasti kami menerima dan tidak akan mencabar kembali keputusan yang telah dibuat oleh steward perlumbaan. Namun kami berharap selepas ini akan ada interpretasi lebih lengkap mengenai perturan ini supaya dapat difahami dengan lebih baik."


Kemungkinan penalti akan dikenakan oleh pihak steward sekali lagi sekiranya spesifikasi masih digunakan pada perlumbaan akhir atau mana-mana pasukan yang melanggar regulasi Malaysian Cub Prix.







40 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png