• Admin

Jack Miller: Salah Tekan Butang ! Ia Tak Akan Berlaku Lagi


Bila saya tekan saja, Oh ini memang kes naya ni. Celaka ! - Jack Miller, MotoGP Thailand


Jack Miller yang pada mulanya berharap dapat menjadi pelumba Ducati paling teratas musnah apabila membuat kesalahan paling remeh.


Pelumba Pramac Ducati secara tak sengaja menekan suis yang salah (suis matikan enjin) apabila cuba untuk aktifkan butang launch control semasa bermula pada kedudukan grid ke-6.


“Waktu itu saya dalam keadaan kalut, mencuba buat semua perkara dalam satu masa, nak tekan butang launch control tapi tertekan butang tutup,” kata Miller


“Rupanya ia adalah butang matikan enjin, jentera terus mati. Bila enjin mati saja saya rasa tak sedap hati. Tapi benda dah jadi.


“Lepas ni saya tak akan ulang perkara yang sama ketika dipetak mula. Daripada banyak butang, saya tersilap tekan butang. Dalam masa yang cukup getir, saya tanpa sedar tertekan butang yang salah.”





Jack Miller yang terpaksa bermula dari pitlane selepas tersilap tekan butang menyesal dengan tindakan kecil tetapi teruk akibatnya umpama dikenakan ride thru. Miller yang menolak jentera beliau ke dalam pitlane bermula pada kedudukan terakhir nombor 22.


“Perkara ini memang pelik. Saya cukup kecewa dengan apa yang berlaku akibat perbuatan saya sendiri tetapi saya cuba betulkan dan bertindak dengan betul. Ya, semestinya saya terpaksa ikut peraturan had di dalam pit dan cuba mengejar kembali pelumba-pelumba lain.”


Kejadian itu menyebabkan Miller ketinggalan 14 saat tetapi mampu mengejar pelumba lain dalam 6 pusingan dan Berjaya meletakkan diri dalam kedudukan ke-14 keseluruhan bagi perlumbaan di Thailand.


“ Semestinya saya mudah melakukan kesilapan jika terlalu menekan. Jadi saya cuba untuk tenang seboleh mungkin. Contonnya bila Iannone dekat belakang, saya cuba rapat sebelah beliau untuk satu pusingan sehingga saya dapat masa dan ruang yang betul untuk memintas beliau.


“Walaupun saya bermula paling belakang, saya tak buat apa-apa kesalahan selepas itu Cuma ada sedikit terkeluar dari garisan hijau tetapi tidak mengakibatkan penalti. Ya ia hari yang cukup buat jentera saya.


“Tentang kecergasan, saya rasa ia cukup baik, saya mampu mengawal jentera dengan baik sejak dari mula perlumbaan. Cuma cuaca saja panas. Ya, walaupun hanya seorang sahaja pelumba terbabas, kami masih lagi mampu mendapat kedudukan ke-14, bukanlah teruk sangat pun.”


Miller mampu mencabar jentera Ducati lain jika tidak mengalami masalah sendiri dimana Dovizioso mendapat tempat ke-4 daripada perlumbaan ini.


Miller kini jatuh 24 mata dibelakang Fabio Quatararo dalam memburu gelaran pasukan satelit yang bersaing dalam kejohanan dunia tersebut.


#MotoGP #ThaiGP #PramacDucati #JackAss


11 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020