• Admin

Joan Mir Tak Cemburu Dipintas Ducati

Berakhir pada tempat ke-4 bukan sesuatu yang pelik dalam perlumbaan MotoGP. Namun ia menjadi bualan apabila pelumba Suzuki, Joan Mir dipintas pada jarak kurang 200-meter dari grid penamat oleh dua jentera Ducati.


Gambar: Suzuki MotoGP

Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar mempunyai 16 selekoh dengan 6 pada bahagian kiri dan 10 pada bahagian kanan dan panjang keseluruhan litar sebanyak 5.380km dan kawasan paling lurus adalah 1.086km.


Kemampuan jentera Suzuki perlu diakui terdapat sedikit kelemahan dari segi pecutan namun dia hebat ketika selekoh. Joan Mir yang bermula pada petak mula membuka rentak dan memintas pelumba dihadapan terutama pada selekoh penting.


“Pertama sekali saya berasa positif dengan perlumbaan ini. Pertama kali saya cuba untuk tidak memintas Zarco untuk kekal pada kedudukan ke-3. Memang ia sedikit kecewa tetapi saya sudah berikan 100% peratus. Kebiasaan saya akan cuba lebarkan jarak dan boleh naikkan kelajuan pada kadar yang sama tetapi pada kali ini tidak cukup apabila dua jentera Ducati berada di belakang.”

Gambar: Suzuki MotoGP

Rekod Joan Mir di Qatar pada tahun 2019 hanya di tempat ke 8 dan pada ketika itu baru dinaikkan pangkat ke kelas premier. Pada tahun 2020, akibat Covid, tiada perlumbaan diadakan di litar ini. Dari segi kelayakkan masa juga, Joan hampir terlepas sesi Q2 namun mujur jentera yang mempunyai 236.7 kuasa kuda itu berjaya dikawal untuk melayakkan Mir bermula pada petak ke-10. Joan Mir juga mengakui yang sesi kelayakkan amat penting bagi berada di kelompok hadapan lebih awal.


#TarmacSports #MotoGP #SuzukiMotoGP


Follow sosial media Tarmac Sports:


Website: www.tarmacsports.com

Telegram: https://t.me/tarmacsports Instagram: tarmacsport

Twitter: tarmacsports Facebook: tarmacsports

5 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Disenarai Dalam Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020