• Admin

Johann Zarco Sertai Avintia Kerana Mempercayai Luigi Dall'Igna

Johann Zarco Akhirnya Sertai Skuad Avintia 2020


Pelumba MotoGP akhirnya mendedahkan di laman Instagram milik beliau yang sah sertai pasukan satelit Ducati, Avintia bagi 2020.



Selepas dikaitkan dengan Avintia sejak perlumbaan akhir di Valencia dan jelas tidak akan bersama Honda apabila Alex marquez menggantikan tempat yang ditinggalkan Jorge Lorenzo.


Sebelum ini, Zarco keras untuk tidak bersama Avintia disebabkan pasukan itu kurang dari segi sokongan daripada pengeluar Ducati. Pengurus besar Ducati Corse, Gigi Dall'Igna cuba meyakinkan Zarco dengan perjanjian dengan sokongan yang baik termasuk teknikal dari Ducati jika sertai Avintia.


"Ia adalah fakta yang Luigi Dall'Igna memberitahu saya supaya mempercayainya ketika pertemuan apabila mengambil keputusan sertai Avintia tahun hadapan" kata Zarco.


"Saya pada ketika itu masih meragui kemampuan pasukan Avintia dan saya telah berjumpa bekas mekanik, Massimo Branchini. Massimo memberitahu supaya mempercayai Luigi.


"Luigi Dall'Igna yang bertangunggjawab mencari ketua mekanik."


Zarco tidak mempertimbangkan dia akan tandatangani dengan pasukan Avintia tetapi lebih kepada

Ducati secara terus dengan mempercayai Luigi," tambah Zarco.


"Impian saya pada 2020 ialah tidak kurang daripada kedudukan ke-10, andai berada pada kedudukan ke-7 saya akan sertai pasukan pengeluar Ducati 2021."


Drama perpindahan Zarco kini berakhir dengan Avintia menamatkan kontrak bersama Karel Abraham yang menjadi perbualan hangat penghujung musim MotoGP 2019.



14 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020