• Admin

Kasma Daniel Sah Sertai ONEXOX TKKR SAG Team Dalam Moto2 World Championship 2020

ONEXOX TKKR SAG Team telah meletakkan penanda aras baru buat sukan permotoran Malaysia dan dunia apabila sah menandatangani kontrak bersama pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin.

Detik bersejarah itu disaksikan sendiri oleh pasukan dan pengurusan termasuk Bobby Farid Shamsuddin dan Edu Pirales.


Kasma yang sebelum ini menyertai Dynavolt Intact SIC Junior Team dalam penampilan kali pertama dalam Moto2 CEV European Championship telah selesai sebagai rookie atau debut dalam kategori itu.


Antara keputusan terbaik adalah mendapat tempat ke-2 podium di Aragon dan berjaya berada kedudukan ke-10 terbaik keseluruhan dalam Moto2 CEV.


Kontrak bersama ONEXOX TKKR SAG Team dipersetujui selama 3 tahun. Ini merupakan peluang terbaik buat Kasma untuk beraksi dengan kemampuan yang ada. ONEXOX TKKR SAG Team adalah pasukan yang profesional menggunakan jentera Triumph dan merupakan debut pertama 2019 dengan membarisi pelumba seperti Tetsu Nagashima dan Remy Gadner.


Kasma yang berusia 19 tahun mempunyai peluang yang cerah untuk beraksi diperingkat tertinggi apabila diberi ruang yang cukup dalam karier.


Tahniah dan selamat maju jaya Kasma

73 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png