• Admin

Kasma Terus Tunjukkan Peningkatan Baik Di Jerez

Walaupun bermula petak paling belakang, Kasma menunjukkan peningkatan baik dan yang paling penting berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-22 dengan catatan +1.09.455 dibelakang Luca Marini.



Okay, apa yang patut kita tahu dengan perlumbaan di Jerez melibatkan Kasma minggu lepas dengan 23 laps = 101.729 km? Pada hari pertama, Kasma merekodkan catatan terbaik pada FP1 berbanding FP2 dalam semua 4 sektor. Sektor 1 - 25.819s, sektor 2 - 15.293s, sektor 3 - 30.932s, sektor 4 - 31.821s.


Pada hari kedua juga, beliau membuat catatan lebih baik pada FP3 berbanding Q1. Sektor 1 dengan catatan 25.731s, sektor 2 - 15.238s, sektor 3 - 31.056s dan sektor 4 adalah 31.868s.


Namun pada hari perlumbaan beliau hanya mencatatkan catatan terbaik pada lap ke-20 dengan 1'45.000. Catatan terbaik Kasma pada keseluruhan perlumbaan di Jerez adalah pada FP3 dan juga terbaik dalam semua sektor.



Sesuai untuk kita lihat disebabkan perlumbaan pada tahun ini akan diadakan sebanyak 2 kali dengan jarak satu minggu lebih kurang.


Pengurangan masa yang dicatatkan oleh Kasma juga mungkin disebabkan oleh faktor cuaca panas dan pengalaman dalam trek berbanding pelumba lain.Cuaca panas dan keupayaan tayar memainkan peranan penting dalam setiap sektor.


Ini kata Kasma:


"Saya berterima kasih kepada pasukan dengan sokongan yang diberikan semasa minggu perlumbaan. Saya sangat gembira dapat menghabiskan perlumbaan kerana ini objektif pasukan. Saya perlu terus belajar sedikit demi sedikit untuk lebih baik. Ini adalah perlumbaan yang panjang dan bersedia untuk lebih baik pada minggu depan."


Apa yang kita harapkan Kasma terus belajar dan meningkat pada minggu ini.


Go Dragon Boy!

3 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020