• Admin

KBS Mahu Jadikan Ujian Pra Musim MotoGP Sepang Sebagai Model Gelembung Sukan

Model gelembung sukan yang akan diperkenalkan oleh KBS awal Januari depan ialah dengan penganjuran acara sukan permotoran percubaan di Litar Antarabangsa Sepang apabila pasukan MotoGP dari luar negara akan datang melakukan percubaan di litar tersebut.


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam memastikan penganjuran kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa dapat dilaksanakan serta dapat merancakkan kembali arena sukan di negara ini tahun depan walaupun masih dalam kawalan pandemik Covid-19 semula tahun depan menerusi pengenalan gelembung sukan.


Timbalan Menterinya Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata pada masa sama kementeriannya akan memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) tidak diabaikan jika kerajaan bersetuju membenarkan beberapa acara sukan itu diadakan.


“Penganjuran percubaan MotoGP itu merupakan satu eksperimen sebelum dijalankan terhadap acara sukan lain dan kita mahu melihat bagaimana rakyat dapat mengadaptasi kelaziman baharu melalui sukan. Kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini tetapi saya menjangkakan aktiviti sukan akan kembali rancak tahun depan.” katanya

Beliau berkata menerusi model gelembung sukan itu, penunggang tidak boleh keluar dari kawasan tersebut selain jumlah kehadiran penonton juga terhad.


Wan Ahmad berkata, model gelembung sukan yang diperkenalkan oleh KBS dijadualkan bermula Januari depan melibatkan penganjuran acara percubaan sukan permotoran di Litar Antarabangsa Sepang.


Kalendar 2021


Litar Antarabangsa Sepang juga bakal menerima penganjuran kejohanan peringkat Dunia dan Asia yang besar tahun 2021 antaranya MotoGP, Asia Road Racing, Asia Talent Cup, Endurance World Championship (EWC), World Touring Car (WTCR) yang sebelum ini terpaksa dibatalkan.


Manakala kejohanan tempatan seperti Malaysian Cub Prix, Malaysia Superbike Championship (MSBK), Sepang 1000KM (S1K) dan SIC MiniGP tiada masalah untuk dianjurkan kerana melibatkan warga tempatan sahaja.



Sebelum ini, Litar Sepang telah pun dibenarkan menganjurkan sukan permotoran Malaysian Cub Prix, MiniGP dan MSBK semasa pandemik dengan SOP yang ketat tanpa penonton dan dilihat berjaya tanpa merekodkan sebarang kes positif.


Gelembung ini agak berbeza apabila SIC akan menerima sejumlah penonton bagi ujian pra-musim MotoGP yang dijadualkan pada 19 hingga 21 Februari 2021.


Baca juga: Jadual MotoGP 2021


Gambar: MotoGP

Jadual awal pengajuran sukan permotoran di SIC:


MSBK : Pusingan Akhir 2020 - 20th hingga 22nd Januari

MotoGP : Ujian Pra-Musim 19th hingga 21st Februari

ARRC : Ujian Rasmi - 1st hingga 2nd Jun

Keseluruhan kejohanan permotoran 2021 akan bermula pada Mac 2021.


Ikuti juga kami di laman Telegram: t.me/tarmacsports



51 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png