• Admin

Kejohanan SIC MiniGP 2020 Bakal Berlangsung Pada Hujung Minggu Ini

Rabu, 12 Ogos 2020 – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersama ZK Racing akan menganjurkan edisi sulung Kejohanan SIC MiniGP dengan Pusingan 1 dan menjadi sebahagian daripada MAM SpeedWeek dijadual berlangsung pada hari Ahad ini, 16 Ogos 2020. Kejohanan ini akan berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC)


Seperti yang telah dijadualkan, kejohanan perlumbaan ini mempunyai 5 pusingan dan kesemuanya akan diadakan di Litar Kart Antarabangsa Sepang. Pusingan 1 akan berlangsung pada minggu ini dan diikuti seterusnya pada 6 September, 25 Oktober, 15 November dan pusingan akhir pada 6 Disember 2020. Kejohanan SIC MiniGP merupakan satu inisiatif program dari akar umbi yang membolehkan 21 pelumba muda dari usia 8 – 13 tahun untuk menimba pengalaman sebagai pelumba profesional. Acara ini bukan sahaja dapat mencari pelapis dan bakat-bakat baru, tetapi juga memupuk minat dan semangat dari kecil melalui pengalaman dan pengetahuan dari pihak SIC dan ZK Racing dalam sukan permotoran dua roda.

BucciMoto BR-10 GP merupakan jentera yang akan digunakan sepanjang kejohanan ini. Pelumba muda dari usia 8 – 11 tahun akan menunggang jentera MiniGP berkuasa 110CC. Manakala, pelumba muda dari usia 12 – 13 tahun akan menunggang jentera MiniGP berkuasa 160CC. Ia merupakan satu peralihan dari ‘’pocket bike” ke jentera lumba yang mempunyai rangka penuh. Lantas, menjadi anjakan kepada industri sukan permotoran negara untuk pelumba muda memperolehi pendedahan awal. Seiring dengan pelumba-pelumba muda dari negara maju seperti Itali, Sepanyol, Perancis, dan Jerman, mereka akan jadi lebih kompetitif dan lebih bersedia dengan jentera lumba yang dilengkapi sistem pertukaran gear klac manual dan sistem “suspension” yang sempurna berbanding “pocket bike”. Pelumba muda akan dilengkapkan dengan gear perlumbaan yang diluluskan oleh FIM, menjalani latihan fizikal dan program latihan kecergasan mental, rancangan pemakanan, teknik menunggang prestasi tinggi dan strategi perlumbaan. Secara tidak langsung, dapat memupuk mereka untuk jadi lebih disiplin.


Dilancarkan semasa #MalaysianGP2019, proses pemilihan kejohanan ini telah diadakan pada 11 – 12 December 2019. Sepanjang 2 hari pemilihan dijalankan, sebanyak 52 pelumba telah hadir untuk menunjukkan bakat mereka. Akhirnya, hanya 24 pelumba sahaja yang terpilih untuk mengikuti kejohanan ini setelah mereka dinilai dan diuji dari beberapa aspek. Pemasangan gear perlumbaan dilakukan kepada mereka yang terpilih selepas tamat sesi pemilihan. Pada asalnya, perlumbaan pertama sepatutnya berlangsung pada 18 Mac 2020 tetapi ditangguhkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh PKP, semua pelumba muda telah diberi program latihan kecergasan untuk mereka lakukan di rumah. Program ini wajib untuk mereka ikuti supaya berada dalam tahap yang baik walaupun tidak dapat beraksi di litar. Setelah SIC mendapat kelulusan untuk melangsungkan akitiviti sukan permotoran mengikut tatacara pematuhan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), SIC MiniGP telah mengadakan sesi latihan selama 4 hari agar para pelumba dapat mengikut rentak dan persediaan untuk perlumbaan.



Sebagai peneraju sukan permotoran di Malaysia, SIC amat menitikberatkan tentang keselamatan pekerja, pelumba, pasukan, rakan kongsi dan juga peminat. Demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan berterusan, SIC telah mengeluarkan SOP yang perlu dipatuhi oleh setiap individu apabila mereka memasuki premis SIC.


Dengan keadaan semasa pandemik Covid-19, kejohanan ini akan dijalankan secara tertutup dan tanpa kehadiran penonton bagi memastikan risiko jangkitan wabak Covid-19 dapat dikurangkan.


Buat peminat sukan 2 roda, ikuti program penuh sesi kelayakan, Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 Kejohanan MiniGP SIC melalui “Facebook Livestream” di laman Facebook Kejohanan SIC MiniGP pada hari Ahad.


"SIC sentiasa mengalukan program akar umbi seperti Kejohanan SIC MiniGP yang akan berlangsung pada Ahad ini. Saya teruja untuk melihat pelumba muda kita beraksi. SIC ingin melahirkan lebih ramai bakat muda di masa akan datang melalui program ini dan pelapis baru untuk saingan antarabangsa. Insya-Allah satu hari nanti, kita akan ada pelumba yang mampu mengibarkan jalur gemilang di podium dalam kejohanan berprestij MotoGP" - Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif SIC.



"Saya sangat gembira untuk memulakan perlumbaan pada minggu ini dimana, ini adalah acara pertama kami untuk program SIC MiniGP yang melibatkan pelumba-pelumba dari usia 8 – 13 tahun. Persiapan kami juga berada dalam keadaan yang baik. Saya sangat berharap program ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan kerjasama SIC dan MAM serta sokongan dari pihak KBS" - Zulfahmi Khairuddin, Pengurus Pasukan ZK Racing.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020