• Admin

Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix Dijadualkan Semula Bulan Jun



KUALA LUMPUR – Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 akan diteruskan semula pada bulan Jun depan dengan mengekalkan 10 pusingan seperti yang telah dijadualkan sebelum ini.


Perubahan ini adalah bagi mematuhi arahan pihak kerajaan agar menangguhkan semua acara sukan sehingga 30 April ekoran penularan wabak Covid19.


Selepas penangguhan aksi Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor minggu lalu, promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd telah bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat bagi mengemas kini kalendar perlumbaan baharu untuk musim ini.


Kalendar baharu bagi saingan musim 2020 ini akan diumumkan dalam masa terdekat.


Dalam masa yang sama, pihak Cub Prix Malaysia menggesa semua pihak agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan serta langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).


Marilah kita memberi kerjasama untuk mengatasi segala cabaran sepanjang wabak Covid19 ini agar acara sukan di Malaysia dapat diteruskan seperti biasa.


Pihak Cub Prix Malaysia juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penaja, pasukan, pelumba serta semua yang terlibat atas kesabaran dan juga sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini.

23 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png