• Admin

Kenapa Rossi Masih Relevan Dalam MotoGP?

Alberto Puig pernah mengeluarkan kenyataan yang juara 9 kali, Rossi sudah tidak relevan bersaing dalam kelas premier MotoGP walaupun kontrak Rossi sehingga umur beliau 41. Walau pun Rossi sudah jarang naik podium akhir-akhir ini, itu tidak mengukuhkan kenyataan Puig kenapa beliau harus berhenti sebagai pelumba.


Antara pelumba Itali ternama yang beraksi bagi berlainan kelas yang mengikuti VR46 Rider Academy adalah seperti Bagnaia, Morbidelli, Luca Marini, Baldasari, Nicolo Bulega, Stefano Manzii, Marco Bezzecchi.





Selepas perlumbaan Rossi akan pulang ke Tavullia dan berlatih dengan pasukan VR46 Rider Academy beliau dan memastikan persiapan perlumbaan seterusnya berada pada tahap terbaik termasuklah pemeriksaan dengan doktor peribadi secara bulanan.


Kerjasama pengedar terbesar Yamaha di Malaysia iaitu Hong Leong Yamaha bagi program Yamaha VR46 Master Camp bersama pelumba muda serata benua lain antara aspek penting penajaan Yamaha Motor Corporation buat.


Kemahiran peserta akan diuji di Motor Ranch Rossi di mana mereka akan diajar untuk mengendalikan jentera YZ250F dan YZ125 di atas ‘flat track’. Mereka juga akan menunggang YZF-R3 di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli, selain mencuba kehebatan jentera YZ85 di litar go-kart Misanino KCE.


Selain latihan di litar, peserta juga akan mempelajari cara-cara untuk mengekalkan tahap fizikal mereka dengan sesi latihan di gim. Antara pelumba muda negara yang telah hadir mengikuti adalah Akid Aziz, Aiman Taruddin, Kasma Daniel & Nazirul Izzat.


Puig tidak boleh melihat perlumbaan MotoGP hanya sekadar perlumbaan siapa juara. Juara sebenar adalah mereka yang mampu lahirkan lagi ramai juara dan meneruskan kesinambungan prestij kejohanan.


Aspek lain yang Rossi cuba ketengahkan adalah sistem, penjenamaan dan identiti bagaimana pelumba itu bermula sehingga menjadi karier bukan pekerjaan yang hanya untuk popular tetapi tenggelam apabila kontrak dengan pasukan tamat.


“Rossi lebih dari karakter seorang pelumba malah beliau adalah cerminan kejohanan MotoGP yang lebih besar”


#MotoRanch #VR46RiderAcademy #VR46MasterCamp #YamahaMotor #TarmacSports

1 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020