• Admin

Kenyataan Kuat Mengatakan Johann Zarco Bersalah - Franco Morbidelli

Sebelum itu beberapa pelumba yang terlibat dengan kemalangan di Red bull Ring (dalam dan luar litar) minggu lepas termasuklah Franco, Johann, Pol dan Miguel di panggil oleh FIM bagi meneliti segala kemungkinan dan alasan yang munasabah. Turut tidak ketinggalan dipanggil sebelum ini adalah Danilo dan Aleix Espargaro.


Foto: Sepang Racing Team

Semasa dalam sidang media sebentar tadi bersama Franco Morbidelli, ada beberapa perkara yang beliau telah sampaikan.


“Dalam sesi pendengaran, kami dapat melihat video insiden itu dari pelbagai sudut kamera lain. Kenyataan kuat dari panel yang terdiri daripada pihak FIM sendiri mengatakan Johann bersalah dalam insiden ini. Zarco berada dalam garis lumba yang tidak sepatutnya dan saya telah menekan brek pada 50-meter awal sebelum merempuh Zarco.


“Berkenaan dengan penalti kepada Johann pastinya FIM akan kenakan kepada beliau, namun perkara itu biar mereka yang selesaikan.”


“Mengenai keadaan litar, kami cuma risaukan selekoh 2 dan 3 kerana ia terlalu bahaya. Namun esok (Jumaat) kami akan berbincang dengan pihak keselamatan litar yang terdiri daripada Loris Capirossi mengenai perkara ini. Saya suka permukaan litar ini, ia cantik, saya sukakannya.”


FIM pada hari ini akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden yang berlaku dan pelbagai tindakan wajar akan diambil oleh mereka. Kemungkinan ada perubahan bagi meningkatakan tahap keselamatan pelumba.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020