• Admin

Khairul Idham Pawi Akhirnya Berlepas ke Eropah.

Selepas kegagalan berlepas ke Eropah beberapa hari lepas atas polisi yang hanya membenarkan 15 negara sahaja dibenarkan masuk ke Sepanyol, jam 2 pagi tadi KIP berjaya terbang dengan kerjasama pelbagai pihak berkuasa kedua-dua negara dan pihak Dorna.


Pelumba pasukan PETRONAS Sepang Racing Team akan tinggal di Spain sehingga selesai pusingan seluruh Eropah bagi memudahkan dia mengikuti dan menghadapi persediaan 13 pusingan yang disahkan buat masa ini.



"Perasaan saya sangat happy, syukur Alhamdullilah kerana hari ini saya dapat terbang. Saya berterima kasih kepada KBS, Imigresen dan MKN. Dan juga kepada pihak berwajib yang memudahkan urusan keluar dan pulang semula ke Malaysia. Saya sangat happy dan akan buat yang tebaik untuk negara kita."


"Di Malaysia saya berlatih bersama abang Fahmi (Zulfahmi Khairuddin) Hafizh, Adam. Saya berterima kasih kepada abang Fahmi kerana banyak bantu saya sediakan motosikal di Sepang dan aturkan program di Sepang."


"Saya juga berterima kasih kepada Faz (Fazadhili) kerana membantu saya dari segi fizikal dan mental termasuklah berbasikal bersama beliau dan pasukan ZK Racing Team. Saya happy dapat training bersama mereka dan saya tahu dimana kekuatan dan kelemahan saya."


KIP juga tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada rakyat Malaysia terutamanya yang terus menerus menyokong beliau.


"Terima kepada rakyat Malaysia yang menyokong saya. Jangan lupa sokong saya dan rider Malaysia.





Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020