• Admin

Khairul Idham Pawi Fokus Kembali Dalam Moto3 2020



Pelbagai kata-kata dilemparkan ketika Khairul Idham Pawi terpaksa berehat cuti disebabkan kecederaan teruk pada jari.


Seperti yang kita tahu, PETRONAS Yamaha SRT telah menandatangani dua pelumba baru Xavi Vierge dan pelumba British, Dixon dari Angle Nieto yang bakal diumumkan pada perlumbaan di Buriram, Thailand Oktober ini.


Minggu ini sekali lagi KIP dilihat semakin positif apabila membuat pembedahan susulan ke-3 pada Selasa lepas di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur berkenaan jari yang cedera teruk yang kehilangan separuh tulang jari. Dalam pada itu, KIP giat mengekalkan kecergasan dengan aktiviti berbasikal seperti biasa di Malaysia.


Dengan umur yang baru berganjak 21 tahun pada 20 Spetember lalu bukanlah sesuatu pelik apabila terpaksa turun ke kategori Moto3. Tidak salah undur selangkah untuk maju setapak ke hadapan.



Apa yang kita tahu, KIP mempunyai rekod yang baik dalam Moto3 sejak 2015 apabila muncul pertama kali pada Kejohanan FIM CEV Junior World Championship dengan kedudukan ke-6 keseluruhan dengan tiga kali podium. Seterusnya beliau membuat kejutan pada 2016 dengan menjuarai dalam keadaan litar basah di Argentina dan Jerman.


Dalam pada itu, Razlan Razali terus memberi sokongan sepenuhnya ketika pengunguman dibuat.


“Setelah membuat penilaian yang agak lama dengan pelbagai pilihan, kami telah memutuskan perkara yang paling terbaik bagi memulihkan kecederaan jari, kami memberi ruang untuk KIP betul-betul sembuh pada 2019 daripada memaksa beliau kembali berlumba Moto2.


“Sekarang, fokus utama adalah memastikan KIP sembuh sepenuhnya dan pasukan sentiasa menyokong penuh pemulihan beliau. Baki 5 pusingan 2019 akan digantikan oleh Adam Norrodin sepenuhnya.”


Khairul Idham Pawi turut positif dengan keputusan yang sudah dijangka.


“Saya berasa teruja untuk terus bersama pasukan untuk tahun berikutnya kerana saya rasakan ia seperti keluarga. Saya beritahu mereka yang saya mahu kembali dalam Moto3 dan pasukan memberi saya peluang. Itu yang saya mahu buat kerana pada 2016, saya hanya mempunyai satu tahun dalam Moto3 dan saya perlu banyak belajar.


“Sasaran saya pada 2020 adalah berada pada kumpulan hadapan. Pemulihan daripada kecederaan tangan mengambil masa yang lama dan sangat mengecewakan. Saya harap pembedahan terbaru ini membantu saya pulih dengan cepat.” Kata KIP selepas pembedahan di Kuala Lumpur.


Sebenarnya kita perlu lihat pelumba Malaysia raih kemenangan dan mengumpul mata secara konsisten dari melihat mereka tersepit dengan sertai kejohanan, pasukan atau kategori yang kurang sesuai seperti apa yang dihadapi oleh kebanyakkan pelumba dunia Zarco, Lorenzo dan KIP sendiri.


Rentak konsisten dan kecemerlangan KIP dalam Moto3 sangat kita nantikan walaupun terpaksa tunggu lebih lima bulan perlumbaan pertama MotoGP 2020 Qatar pada 8 Mac.


Kami menantikan epic comeback dari kamu KIP!


#KIP89 #SuperKIP #PETRONASSRT #KhairulIdhamPawi #MotoGP #Moto2 #Moto3

39 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020