• Admin

KIP Akan Tingkatkan 'Speed Corner' Moto3 dari 'Stop N Go' Moto2 Sebelum Ini

Selepas berehat panjang dari kecederaan 2019 dan hanya sempat untuk berlumba 1 pusingan di Qatar boleh dikatakan cukup setahun Khairul Idham Pawi tidak memegang jentera sebenar.


Pelumba yang berasal dari Batu Gajah, Perak itu pernah menjuarai kategori WIRA bagi Kejohanan Malaysian Cub Prix 2014 dan Juara Asia Dream Cup menggunakan jentera Honda CBR250R. Rekod paling terbaik adalah menjuarai pusingan Moto3 dunia di Jerman dan Argentina dengan tenang memimpin perlumbaan sebelum meraih podium.



Namun momentum KIP sedikit terganggu apabila 'terlalu cepat' untuk ke Moto2 bermula 2017 di bawah Idemitsu Honda Team Asia dan bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing 2019 sebelum terbabit dengan kemalangan sehingga terpaksa melupakan musim 2019 sepenuhnya.


2020 KIP dipanggil kembali oleh PETRONAS Sepang Racing Team bagi mengendalikan Moto3 bersama John McPhee. Namun cerita 2020 sedikit terganggu apabila dunia berdepan dengan wabak Covid-19 yang melumpuhkan semua sektor termasuk penganjuran sukan bermotor. Pada Jun, pihak Dorna telah umumkan perlumbaan akan kembali berlangsung pada Julai dan khabar baik ini amat dinantikan oleh semua peminat sukan permotoran terutama KIP sendiri.


KIP akan berlepas ke Sepanyol pada 3 Julai ini dengan dan akan menjalani proses kuarantin disana selama 1-2 minggu sebelum perlumbaan pertama pada 19 Julai ini.


Dalam suatu sidang media secara maya antara pelbagai media dalam dan luar negara semalam, KIP mengakui sentiasa membuat persediaan lebih-lebih lagi apabila kerajaan Malaysia melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan membenarkan aktiviti luar dengan berbasikal dan latihan di Sepang.


"Dari segi persediaan, saya telah lakukan sejak 3 minggu lepas apabila kerajaan melonggarkan perintah kawalan dan turut bekerjasama dengan ZK Racing bagi persediaan jentera dan latihan menggunakan trek di Litar Sepang. Namun semasa PKP, saya hanya melakukan latihan berbasikal dirumah secara tertutup."


"Apabila tiba di Sepanyol nanti saya akan mula berlatih bersama Alex serta beberapa pelumba lain seperti sebelum ini dan bagi saya kekal di Sepanyol sehingga tamat pusingan di Eropah lebih baik disebabkan jadual perlumbaan yang agak padat hanya jarak satu minggu dan mempunyai lebih masa untuk fokus pada latihan dan perlumbaan sebenar.



Apabila disoal tentang perasaan apabila dibenarkan berlumba ini kata beliau:


"Saya sangat teruja dan gembira apabila dibenarkan berlumba selepas Covid-19 setelah hampir setahun saya tidak berlumba akibat menunggu proses pemulihan dan hanya sempat satu pusingan di Qatar.


"Ketiadaan penonton tiada masalah bagi saya kerana dapat kembali berlumba merupakan perkara yang menggembirakan buat saya."


"Bagi saya kalendar 2020 agak susah sebab perlumbaan secara terus menerus namun saya tetap gembira kerana Dorna dan IRTA pastikan kami untuk kembali berlumba pada tahun ini.


Dari segi prestasi, KIP sentiasa positif dan mengakui dia mempunyai pengalaman manis dalam Moto3 pada 2016.


"Sekarang saya dekat Moto3, saya memang nakkan sasaran pada 2016 dulu malah jauh lebih baik, ini peluang saya untuk Moto3 dan saya akan buat sehabis baik.


"Perbezaan Moto2 dan Moto3 memang agak ketara terutamanya dari segi tunggangan. Adaptasi dalam Moto3 agak susah sedikit disebabkan saya sudah lama tak berlumba lebih kurang setahun ketika berada dalam tempoh pemulihan.


"Saya perlu tingkatkan bahagian 'speed corner' kerana Moto2 dan Moto3 sangat berbeza. 'Speed corner' Moto3 lebih laju dari Moto2. Tunggangan saya sekarang macam stop and go dan perkara itu yang perlu saya ubah. Dengan perlumbaan dari masa ke semasa pasti akan ada peningkatan prestasi dari saya."


"Jentera lebih kurang sama, paling penting adalah 'team communication' dan 'teamwork' yang sangat kuat. Saya sangat happy bersama pasukan PETRONAS Sepang Racing Team."



Apabila ditanya mengenai sasaran peribadi dan pasukan ini kata beliau:


"Mengenai sasaran, sudah pasti dapatkan point tapi sudah tentu saya akan cuba yang tebaik dengan pelbagai halangan apabila tidak berlumba atas Moto3 dan hanya satu perlumbaan di Qatar dan terpaksa berhenti akibat covid.


"Sudah pasti saya nak macam 2016 fight dekat depan ketika basah atau kering. 2016 saya tahu mana kelemahan saya dan bahagian mana boleh saya tingkatkan, jadi pada tahun ini saya dah ada semua itu cuma saya perlu dapatkan semula cara tunggangan 2016."


Apabila ditanya mengenai perpindahan Valentino Rossi ke pasukan PETRONAS Sepang Racing Team, KIP mengakui teruja seandainya juara dunia itu turut bersama dalam pasukan.


"Sangat menarik seandainya Rossi bersama pasukan dan pastinya kita akan belajar sesuatu dengan rossi. Saya suka untuk berlatih dengan rossi lebih lagi berlatih di MotoRanch dan ia adalah suatu impian saya selama ini."


Mengenai kontrak pula KIP menyatakan belum ada sebarang perbincangan dan beliau sendiri mahu fokus untuk perlumbaan 2020 dan masih ada masa untuk sebarang perbincangan kontrak 2021. Selain itu KIP bersama gembira sekiranya Malaysia dibenarkan untuk menganjurkan perlumbaan kerana berlumba di halaman sendiri merupakan sesuatu yang berharga bernilai.



Sila kongsikan artikel ini demi sukan permotoran.







Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020