• Admin

Kontrak Baru Maverick Vinales Bukan Suatu Kejutan



Kebiasaan pelumba dan pasukan MotoGP akan berharui atau tandangani kontrak selepas pertengahan musim tetapi tidak bagi pelumba kelahiran Figueres, Sepanyol itu. Beliau dan pasukan berjaya mencapai persetujuan perbaharui kontrak lebih awal dan ini bukanlah kejutan.


Pertama, dengan perjanjian kontrak awal, Maverick akan mendapat layanan yang lebih baik dan kemudahan yang sesuai sebagai seorang pelumba factory. Kedua, beliau awal - awal dapat mengenepikan soalan paling kerap ditanya oleh wartawan dan peminat sukan permotoran tentang masa depan karier beliau dan hanya fokus pada perlumbaan.


Dengan usia yang boleh dikatakan muda, Maverick yang kini berumur 25 tahun (2020) mempunyai baki 3 tahun bersama Monster Energy Yamaha MotoGP sehingga 2022 bakal melakar kejayaan bersama dengan tidak dibayangi rakan sepasukan yang hampir penghujung karier.


Beliau yang bersama Yamaha sejak 2017 berjaya mengekalkan tahap konsisten dengan kedudukan ke - 3 pada 2017 dengan 230 mata, ke - 4 pada 2018 dengan 193 mata dan ke - 3 dengan 211 mata. Bersama pasukan Yamana, The Spaniard berjaya julang 6 kemenangan dan 19 podium. Dengan rekod ini beliau merupakan pelumba yang tidak boleh dinafikan kehebatan di litar.


Lin Jarvis, Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing berpendapat, Maverick merupakan pelumba ideal yang cukup konsisten bersama pasukan setelah 3 tahun bersama.


"Sejak kami membawa Maverick masuk dalam pasukan factory, beliau menunjukkan prestasi yang konsisten di atas jentera YZR-M1 dengan 6 kemenangan dan 19 podium sepanjang 3 tahun bersama. Kami menjangkakan beliau mempunyai masa depan yang cerah bersama kami di Yamaha bagi merebut gelaran Juara Dunia MotoGP."


Dalam pada itu, Maverick pula berkata:


"Saya cukup gembira kerana dapat terus bersama pasukan. Ini adalah tahun kedua saya bersama krew pasukan yang sama. Bagi saya sangat penting untuk mengumumkan kontrak sebelum mula kempen 2020 kerana saya tidak mahu habiskan masa memikirkan masa depan saya dan dapat beri sepenuh tumpuan pada kejohanan yang bakal bermula.


Yamaha memberi saya layanan yang baik pada saya dan mengatakan saya mempunyai 'krew sendiri' dimana ia sangat penting untuk capai objektif mengejar gelaran juara dunia. Saya sangat berterima kasih kepada Yamaha kerena mempercayai saya dan kerjasama sebagai pasukan. Saya merasakan kami cepat belajar dan terus mara ke depan."


-

SHARE artikel ini jika membantu sukan permotoran


Nyatakan pendapat anda dengan menghantar ke email media.tarmac@gmail.com


12 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020