• Admin

Kontrak Sukan: Kesedaran Penting Yang Wajib Anda Tahu

Pada September lepas, kami dipanggil untuk sertai bengkel merangka kontrak sukan. Kontrak bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan dunia tetapi di Malaysia, perkara ini sering kita dengar bila melibatkan pemain dan pasukan bola sepak. Namun ia masih tidak menyelesaikan masalah atas beberapa faktor.


Apa itu kontrak sukan?


Kontrak sukan tidak banyak beza dengan kontrak komersial sedia ada namun penglibatan individu, pasukan, hak penaja, hak penyertaan dan hak media di ambil kira dengan teliti. Ia bukan kertas yang direka hanya satu muka sambil menghebahkan kontrak itu ada.



Kenapa ia penting?


Bagi sektor permotoran terutama melibatkan pelumba negara, mereka perlu sedar dan ambil pusing perkara ini disebabkan mereka meletakkan diri mereka dalam keadaan cukup getir apabila berlumba di litar. Kontrak adalah asas penting yang perlu ada dan mengandungi kandungan kontrak yang adil bagi pihak yang terlibat.


Contoh sahaja, dalam arena Malaysian Cub Prix, seorang pelumba yang meningkat naik pasti didekati oleh penaja dan pasukan yang inginkan kerjasama. Mestinya gaji, imbuhan atau bonus dibincangkan namun sejauh mana ia dikontrakkan. Jika pelumba itu berusia 13 tahun, apa yang boleh kita harapakan jika bukan ibu bapa atau ejen sukan yang berperanan mengurus kontrak sukan?


Andai kita intai kontrak Marc Marquez dalam MotoGP yang bernilai belas juta dollar. Ejen atau pengurus peribadi beliau wajib menyediakan kontrak yang mendatangkan manfaat setelah apa yang disumbangkan. Ejen juga perlu bergerak dengan peguam bagi meneliti kontrak yang bakal ditangtangani.


Isu yang selalu timbul adalah keterujaan yang salah oleh pelumba sebelum meneliti penuh kontrak dan ini menyebabkan kontrak berat sebelah dan lemah untuk lawan di mahkamah. Ia benda yang tidak boleh diputar melainkan ambil masa yang sesuai untuk teliti kontrak.


Jadi siapa yang patut anda jumpa?


Sebagai pelumba mereka tidak masa untuk ini dan peranan ini perlu diambil oleh ejen atau wakil pelumba ( penjaga, atau pengurus ). Namun sedikit sebanyak pelumba juga harus tahu kontrak yang bakal dibuat. Ejen sukan merupakan orang penting bagi meneliti hal ini dan mereka akan urus bersama peguam. Soal kepercayaan ejen tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak rangka kontrak.


Kenapa perlu ada?


Setiap pelumba pasti terlibat dengan syarat-syarat dan diletakkan penganjur, penaja dan pasukan. Ini cukup penting untuk setiap pelumba mempunyai kontrak yang kukuh supaya benda yang akan berlaku nanti akan dijaga oleh kontrak. Bahasa mudah situasi menang-menang.


Kontrak yang lemah menyebabkan pelumba terdedah dengan sikap tidak professional setengah pihak yang cuba ambil kesempatan atas kelemahan kontrak. Ini juga dapat mengelakkan pasukan singkirkan pelumba tanpa alasan kukuh atau pelumba melompat ke pasukan lain atas dasar wang ringgit.


Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020