• Admin

KymiRing Tak Laju, Selekoh Padat!



Dalam persiapan kejohanan MotoGP kembali ke Finland, 6 penguji jentera factory turun ke litar yang masih dalam fasa pembangunan selama 7 jam bagi menguji jentera masing-masing.


Antara yang terlibat adalah Bradley Smith (Aprilia), Jonas Folger (Yamaha), Sylvain Guintoli (Suzuki), Mika Kallio (KTM), Stefan Bradl (Honda) and Michele Pirro (Ducati).

Smith dalam temubual melabelkan trek KymiRing adalah “teknikal dan mencabar”.


“Ini adalah trek yang berbeza dari apa yang pernah dilihat sebelum ini. Ia sangat padat dan sedikit perlahan pada sesuatu sektor, tetapi ada juga tempat seperti Silverstone di mana permukaan rata semuanya.”


Mika Kallio juga berpendapat litar KyimiRing sangat menarik tetapi kurang sesuai kerana terlalu perlahan pada sesuatu tempat dan tidak ideal untuk kelas premier MotoGP. Sesetengah selekoh juga perlu diubah.




Bradl diberi penghormatan apabila menjadi orang pertama yang jatuh ketika sesi ujian litar dengan jarak 4.6km apabila menyentuh garisan putih semasa brek.


Pengarah Sukan DORNA, Carlos Ezpeleta mengesahkan jadual untuk Finnish GP akan diadakan pada musim panas 2020 tetapi secara khusus belum mengesahkan tarikh yang tepat di negara yang terkenal dengan Lapland itu.


#MotoGP

#KymiRing

8 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020