• Admin

Luca Marini Catat Sejarah Memenangi Perlumbaan ke-900 Moto2 di Negara Sendiri

Kelebihan yang digunakan oleh Luca Marini apabila Sam Lowes terpakasa bermula dari pit dan Remy Gardner disahkan tidak berlumba apabila kemalangan semasa sesi pemanasan dan mengalami retak pada kaki memboleh seorang lagi rakan sepasukan Luca, Marco Bezzecchi menguasai perlumbaan.


Luca Marini wins 900th Intermediate class

Kedudukan podium jelas memihak kepada ketiga-tiga pelumba Itali termasuk Enea Bastianini yang menjarakkan kedudukan mereka daripada semua pelumba lain. Dipertengahan pelumbaan Bastianini hampir terjatuh namun sempat menyelamatkan diri.


Bagi ketegori pertengahan, ini merupakan perlumbaan ke – 900 dan pastinya ia merupakan kemenangan yang tak akan dilupakan oleh Luca Marini dan pasukan SKY Racing Team VR46 yang mendominasi perlumbaan.


Bagi pelumba negara, Hafizh Syahrin yang bermula pada kedudukan ke-13 cukup kuat mengekalkan rentak dikedudukan ke-10 sehingga lap ke-5 sebelum terjatuh. Bagi pelumba negara, dari pasukan Onexox TKKR SAG Team, Kasma Daniel berjaya menghabiskan perlumbaan pada kedudukan ke-20.

Kedudukan 3 terbaik keseluruhan Moto2 setakat ini:


1- Luca Marini – 112 mata

2- Enea Bastianini – 95 mata

3- Marco Bezzecchi – 85 mata


12 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020