• Admin

Malaysia Cub Prix: Muzakkir Mohamed Positif Covid

Pelumba pasukan OneXOX TKKR SAG Team itu memaklumkan perkara itu melalui laman Instagram milik beliau petang Rabu dengan gelang pink ditangan.


Gambar: Malaysia Cub Prix

Muzakkir juga memaklumkan beliau terkena jangkitan itu melalui rakan serumah yang bertugas di Kargo KLIA. Namun beliau tidak menunjukkan simptom jelas seperti demam atau suhu badan tinggi.


“Salam semua, dukacita saya ingin maklumkan yang saya telah positif Covid-19. Saya akan pergi ke Hospital Sg Buloh dan menanti pasukan ambulan hadir. Saya ingin memohon maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa selama ini.”

Muzakkir juga memesan agar kenalan atau sesiapa yang berjumpa beliau bermula pada Khamis lepas diminta adakan swab test.


Berkaitan Kejuaraan Malaysia Cub Prix


Keadaan Muzakkir tidak menjejaskan keseluruhan kejuaraan itu kerana Kejuaraan Malaysia Cub Prix tidak berlangsung agak lama dan kali terakhir diadakan pada 19 September lepas di Kuala Terengganu selepas mengikuti nasihat MKN untuk tidak adakan sebarang pertandingan bagi sektor sukan.


Muzakkir kini berada pada kedudukan ke-6 keseluruhan dengan 38 mata selepas muncul podium pada pusingan 2 dengan raih 16 mata. Pihak Tarmac Sports mengambil kesempatan untuk turut mendoakan kesihatan Muzakkir.

51 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog