• Admin

Malaysia Cub Prix: Pusingan 6 Ditunda Setelah PKPB Dilanjutkan

Walaupun kejuaraan ini tidak mencatat sebarang kes sejak ia diadakan sehingga pusingan ke- 4, namun ia turut memberi kesan pada pengajuran setelah venue perlumbaan dijadualkan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan ini.


Gambar: Malaysia Cub Prix

Dalam sidang media yang diadakan semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tempoh PKPB dilanjutkan bagi seluruh Lembah Klang.


Penilaian risiko oleh KKM mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi jangkitan COVID-19 sama ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor jadi kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh PKPB sehingga 9 November 2020.”

Sebelum ini pusingan 5 Kejuaraan Malaysia Cub Prix terpaksa ditunda berikutan perintah PKPB dilaksanakan bagi seluruh Lembah Klang. Kejuaaran ini dianjurkan dalam SOP yang ketat dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh MKN.


Gambar: Malaysia Cub Prix

Pusingan 6 terus ditunda


Berikutan pengumuman terkini Majlis Keselamatan Negara bahawa PKPB kini telah dilanjutkan sehingga 9hb November, dukacita dimaklumkan bahawa Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS juga terpaksa ditundakan.

Asalnya, Pusingan 6 dijadualkan berlangsung di Litar Sepang minggu ini (31hb Oktober dan 1hb November 2020). Namun, memandangkan PKPB kini terpaksa dilanjutkan, pusingan tersebut tidak dapat diteruskan pada tarikh yang ditetapkan.

Oleh itu, kalendar baru untuk musim 2020 akan diumumkan sebaik keadaan kembali stabil. Objektif utama adalah untuk menghabiskan musim 2020 selewat-lewatnya dalam bulan Disember tahun ini atau Januari 2021.

Sekali lagi, Safe Aim Mutual Sdn Bhd meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan yang mungkin dialami. Pada masa yang sama, kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan kongsi serta penaja kejuaraan di atas kerjasama dan pemahaman mereka.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut meminta orang ramai agar senantiasa mengikuti panduan SOP keselamatan untuk sama-sama membanteras wabak Covid-19.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020