• Admin

Malaysia Cub Prix: Saingan CP115 & Kategori WIRA Semakin Sengit

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli muncul juara kelas CP115 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor hari ini.


Pelumba yang berasal dari Perak itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan itu dengan catatan masa 11:40.204 saat (s).




Tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Md Aiman Azman yang mencatat masa 11:41.358s manakala tempat ketiga berada dalam genggaman Md Firdaus Md Hamdan (ELF Koyoko Honda KC Racing Team) dengan masa 11:47.622s.


Pendahulu kelas CP115, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) sekadar menamatkan perlumbaan tersebut di tempat keenam, namun ia sudah cukup buat pelumba asal Terengganu itu untuk mengekalkan statusnya selaku pemimpin carta keseluruhan dengan 135 mata.


Kedudukan Syukran diikuti rapat oleh Syafiq yang kini sudah meraih 133 mata untuk berada di tangga kedua keseluruhan.


Perlumbaan akhir kelas CP115 hari ini sememangnya berlangsung sengit kerana para pelumba yang berada dalam kelompok hadapan sering bersaing antara satu dengan yang lain.


Satu ketika, ia bakal dikuasai oleh Aiman yang dilihat selesa memimpin perlumbaan selepas berjaya memintas pelumba lain pada lap kelima, namun kesilapan kecil yang dilakukan pada tiga lap terakhir telah membuka ruang buat Syafiq untuk memintasnya.


Selepas itu, Syafiq terus menjarakkan kedudukannya sambil mempergunakan kelebihan yang ada pada jenteranya untuk menamatkan perlumbaan tersebut dengan gelaran juara.


“Ia perlumbaan yang sangat sengit kerana semua pelumba saling mencabar antara satu dengan yang lain.


“Saya telah bekerja keras sepanjang perlumbaan tersebut dan bernasib baik kerana keadaan jentera semakin mantap ketika perlumbaan menghampiri penamat. Terima kasih kepada seluruh anggota pasukan yang telah menyediakan jentera terbaik buat saya,” jelas Syafiq.



Sementara itu, pelumba pasukan ONEXOX SAG Team, Md Izzat Raduan meraih kemenangan pertamanya musim ini apabila muncul juara kelas Wira dengan catatan masa 9:32.068s.


Dua pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing pula menguasai posisi kedua dan ketiga, masing-masing menerusi Awal Al Fikri Yusni (9:35.899s) dan Md Adam Haikal Jahar (9:37.665s).


Begitupun, kedudukan keseluruhan masih kekal dimiliki Md Zaki Ahmad Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) degan meraih 123 mata.


Pada perlumbaan hari ini, Zaki sekadar menduduki tempat keempat dengan catatan masa 9:38.395s.


Pusingan 9 kejuaraan ini akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 16-17 November nanti.



Kedudukan Keseluruhan 5 Terbaik


Kategori CP115


1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff - 135 mata

2. Md Syafiq Rosli - 133 mata

3. Md Aiman Azman - 93 mata

4. Md Fareez Afeez Abd Rahman - 85 mata

5. Md Khairi Asyraf Mahmood - 83 mata


Kategori WIRA


1. Md Zaki Ahmad Zamri - 123 mata

2. Md Aliff Danial Md Asri - 122 mata

3. Md Haziq Rosmaza - 85 mata

4. Awal M Al Fikri Yusni - 84 mata

5. Md Adib Md Asri - 74 mata

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020