• Admin

Malaysian Cub Prix Berlangsung Dengan Sifar Kes Covid-19

Perlumbaan Malaysian Cub Prix telah selesai sebanyak empat pusingan dimana semalam baru sahaja tamat perlumbaan di Litar Permotoran Terengganu dengan keadaan cuaca yang sangat baik walaupu beberapa hari sebelum ini dilaporkan hujan sebelah petang.


Walaupun perlumbaan ini berlangsung dalam keadaan dunia dilanda Covid-19 yang merekodkan kes harian turun dan naik seperti yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laporan harian mereka. Perlumbaan Malaysian Cub Prix dijalankan dalam keadaan SOP yang cukup ketat.


Sebagai wakil media bebas, kami turun berpengalaman merasai bagaimana pihak pengajur telah pun mengatur segala langkah terbaik bagi membendung penularan wabak walaupun perlumbaan dilangsungkan. Dilaporkan, pihak penganjur telah mengurangkan 30 hingga 40 peratus tenaga kerja mereka.



Kesemua yang terlibat hadir ke venue perlumbaan perlu mengikuti beberapa langkah seperti deklerasi bebas wabak, tiada simptom-simptom atau tidak datang dari kawasan atau mempunyai hubungan dengan pesakit Covid-19.


Setelah hadir ke venue, pihak media, pelumba, krew dan semua yang terlibat perlu jalankan saringan suhu, soalan sama ada datang dari kawasan Covid-19 atau tidak. Seterusnya jika tiada apa-apa tanda, semua diminta mengimbas kod QR MySejahtera dalam telefon masing-masing.



Pihak Tarmac Sports sempat menemubual Dr. Siva yang bertugas sebagai doktor yang bertanggungjawab bertindak di setiap venue di mana kejohanan Malaysian Cub Prix diadakan.



" Memandangkan perlumbaan Malaysian Cub Prix telah melepasi 4 pusingan, pihak Cub Prix sentiasa mengambil beberapa langkah awal bagi mengelak penularan wabak.


" Kesemua mereka yang terlibat dan datang ke venue perlumbaan perlu mengikuti beberapa langkah seperti semakan suhu badan, mengimbas kedatangan dalam aplikasi mySejahtera. Selain itu, antara soalan lain yang ditanya adalah simptom awal atau tanda-tanda kecil wabak. Mereka akan diarah meninggalkan terus kawasan. Ini terpakai kepada semua termasuklah pelumba, krew, pegawai rasmi Malaysian Cub Prix sendiri."


" Jika suhu badan tinggi dan tiada sejarah dengan kenalan yang terlibat dengan Covid-19, mereka dibenarkan masuk. Bagi mereka yang catat suhu badan tinggi dan mengalami simptom akan diarah tinggalkan kawasan dan segera dapatkan bantuan dari hospital terdekat."


Malaysian Cub Prix akan mengekalkan SOP yang sama dengan baki 4 perlumbaan di Tangkak dan Sepang. Mengurus dan mengekal SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia dilaksanakan dengan cukup baik oleh semua pihak termasuk pelumba, krew, pegawai, pihak media dan termasuklah jurufoto.



Mungkin Malaysian Cub Prix boleh dijadikan contoh penganjuran yang baik dalam keadaan Covid-19 kepada penganjuran sukan lain.






Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020